SANTAI bersama MURALANG JR.

Hidupini Seperti Roda Yang Berputar Dan Dalam Perjalanan Hidupku Kini Aku Belari..!! Andai Kata Satu Hari Nanti Saya Tersungkur Ketika Saya Berlari Di Saat Ini, Saya Pasti Akan Berlari Semula Bila Saya Bangkit Kembali…!!

kinorikatan nu

email : rozanz76@tm.net.my

Tinipi ku... (Mimpi ku).

"Semalam aku bermimpi... mimpi yang sedih sakali..."
Demikian la lagu yang mama saya selalu nyanyi dulu time kami masih kecil, sungguh mengasyikan dan sayu bila di dengar. Dan semalam saya telah bermimpi sedih kisah tentang x-girlfriend saya yang tidak mahu bertemu dengan saya lagi kerana dia sudah ada yang lain dan saya berkata "patut lah ko tida mau jumpa saya lagi..!! rupa2nya ko dah ada yang lain" teramatlah sedihnya bila diperlakukan sedemikin apalagi kalu dalam mimpi itu feeling habis, saya tida tahu kesudahnya keran saya tiba2 terbangun.

Tidak lama kemudian saya tertidur lagi dan saya bermimpi dalam situasi yang lain, kali ini saya bergaduh dengan kawan baik saya kerana dia membuli adik saya. Saya tahu saya bukanlah lawan untuk kawan saya ini kerana dia memang hebat kalau soal ilmu mempertahankan diri dia di kira nombor satu lah tetapi disebabkan teramat marah saya lawan juga.
Saya dengan nada yang keras sambil meluru kearahnya "kau ingat kau kuat sangat kah..!!!" sambil melepaskan satu sepakan dengan serta-merta kali ini mimpi saya juga terhenti setakat itu kerana saya menyepak dinding bersebelahan katil saya (sakit kaki saya).

Entah apa lah erti mimpi saya itu ada sesetengah orang berpendapat mimpi adalah permainan tidur dan ada juga yang mengatakan mimpi adalah satu tanda kepada perkara yang akan kita tempuhi nanti. Apapun semoga mimpi saya itu tidak membawa sebarang kemudaratan atau membawa kepada perkara2 yang buruk melainkan satu kebaikan.

# Saya jarang-jarang mimpi ni, membuatkan saya tertanya2 apa maksud dalam mimpi saya itu... takut juga saya kalu2 berlaku hal2 yang tidak baik..

0 comments:

Post a Comment