SANTAI bersama MURALANG JR.

Hidupini Seperti Roda Yang Berputar Dan Dalam Perjalanan Hidupku Kini Aku Belari..!! Andai Kata Satu Hari Nanti Saya Tersungkur Ketika Saya Berlari Di Saat Ini, Saya Pasti Akan Berlari Semula Bila Saya Bangkit Kembali…!!

kinorikatan nu

free counter

email : rozanz76@tm.net.my

9 alasan yang mungkin Beng Hock bunuh diri

Persoalan tentang punca kematian Teoh Beng Hock yang jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam, Shah Alam, lebih sebulan lalu hampir terungkai apabila dua pakar patologi sependapat bahawa Setiausaha Politik Exco Selangor itu telah membunuh diri.

Sebagaimana Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik, dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang: Pakar Patologi Forensik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), turut menolak teori Beng Hock dibunuh atau terjatuh secara tidak sengaja.

Dalam keterangan minggu lalu, Dr yang melakukan bedah siasat atas permintaan ahli keluarga Beng Hock turut memberi sembilan alasan mengapa beliau berpendapat bahawa saksi kes siasatan berhubung penyalahgunaan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor itu lebih cenderung membunuh diri;

1. Kesan-kesan kecederaan fizikal dan dalaman yang selari disebabkan jatuh dari tempat tinggi.

2. Kesan kecederaan pada bahagian bawah kanan badan terutama keretakan pada tulang-tulang panjang menunjukkan kesan bertahan atau cuba melindungi (otot-otot dikeraskan semasa jatuh yang menyebabkan keretakan pada tulang-tulang panjang).

3. Kesan koyakan pada bahagian punggung dan bahagian alat kelamin pada seluar yang dipakai Beng Hock berlaku berikutan regangan yang kuat disebabkan kesan impak semasa jatuh.

4. Paras birai tingkap yang melepasi pusat graviti badan manusia serta lantai yang ditutupi permaidani menunjukkan tidak mungkin berlaku kemalangan seperti tergelincir dan terjatuh dari tingkap.

5. Kesan comot pada bahagian tepi tingkap selain kesan garisan birai tingkap sepanjang 3 milimeter pada tapak kasut yang menunjukkan kemungkinan Beng Hock memijak birai tingkap dalam keadaan mencangkung sebelum terjun.

6. Ujian toksikologi yang negatif menunjukkan Beng Hock tidak di bawah pengaruh dadah, ubat-ubatan atau alkohol.

7. Tiada kesan lemas atau gigitan pada lidah yang biasanya berlaku dalam kes-kes pergelutan.

8. Tiada kesan kecederaan akibat mempertahankan diri.

9. Tiada kesan-kesan kecederaan akibat cuba melawan.

''Sebab kematian yang paling ketara dalam kes ini, pada pendapat saya adalah bunuh diri,'' kata Dr. yang berpengalaman 10 tahun dan pernah menjalankan lebih 3,000 bedah siasat.

Bagaimanapun, beliau mengaku tidak berhak untuk mengatakan sama ada Beng Hock mempunyai alasan untuk membunuh diri.



.

 

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent