SANTAI bersama MURALANG JR.

Hidupini Seperti Roda Yang Berputar Dan Dalam Perjalanan Hidupku Kini Aku Belari..!! Andai Kata Satu Hari Nanti Saya Tersungkur Ketika Saya Berlari Di Saat Ini, Saya Pasti Akan Berlari Semula Bila Saya Bangkit Kembali…!!

kinorikatan nu

email : rozanz76@tm.net.my

BENAR ATAU TIDAK KAU FIKIR LAH BA SENDIRI...

Diam diri tidak semestinya tak tahu, membisu tidak semestinya bisu,
Lembut tidak semestinya lemah, keras tidak semestinya kuat,
Megah tidak semestinya teguh, ramai tidak semestinya utuh,
Kurang tidak bererti sedikit, Lebih tidak semestinya banyak,
Sakit tidak bererti pedih... Ceria tidak semestinya sehat...
sedih tidak bererti pilu... Gembira tidak bererti jaya,
Karam tidak semetinya lemas, hanyut tidak bererti hilang,
Benar tidak semestinya sahih... Jujur tak bererti tulus...


~Sesungguhnya kehidupan itu sesuatu rumit tidak semestinya yang jelas adalah benar, yang nyata itulah kebenaran... melainkan semua yang ada telahpun di setkan seperti sebuah perisian apapun kadang2 perisianpun memberi banyak percangahan dari apa yang kita inginkan..

# sekadar satu cetusan pendapat... ha ha ha...



.

Manusia Terpantas Di Muka Bumi.




Atlet Jamaica, Usain Bolt memecah rekod dunia acara pecut 100 meter milik atlet senegara, Asafa Powell dengan kepantasan baru 9.72 saat pada kejohanan sukan di New York 30 mei yang lalu dan yang terbaru beliau sekali lagi dinobatkan sebagai jaguh pecut dunia dengan cetatan 9.58 saat di kejohanan dunia di Berlin.

.

9 alasan yang mungkin Beng Hock bunuh diri

Persoalan tentang punca kematian Teoh Beng Hock yang jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam, Shah Alam, lebih sebulan lalu hampir terungkai apabila dua pakar patologi sependapat bahawa Setiausaha Politik Exco Selangor itu telah membunuh diri.

Sebagaimana Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik, dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang: Pakar Patologi Forensik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), turut menolak teori Beng Hock dibunuh atau terjatuh secara tidak sengaja.

Dalam keterangan minggu lalu, Dr yang melakukan bedah siasat atas permintaan ahli keluarga Beng Hock turut memberi sembilan alasan mengapa beliau berpendapat bahawa saksi kes siasatan berhubung penyalahgunaan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor itu lebih cenderung membunuh diri;

1. Kesan-kesan kecederaan fizikal dan dalaman yang selari disebabkan jatuh dari tempat tinggi.

2. Kesan kecederaan pada bahagian bawah kanan badan terutama keretakan pada tulang-tulang panjang menunjukkan kesan bertahan atau cuba melindungi (otot-otot dikeraskan semasa jatuh yang menyebabkan keretakan pada tulang-tulang panjang).

3. Kesan koyakan pada bahagian punggung dan bahagian alat kelamin pada seluar yang dipakai Beng Hock berlaku berikutan regangan yang kuat disebabkan kesan impak semasa jatuh.

4. Paras birai tingkap yang melepasi pusat graviti badan manusia serta lantai yang ditutupi permaidani menunjukkan tidak mungkin berlaku kemalangan seperti tergelincir dan terjatuh dari tingkap.

5. Kesan comot pada bahagian tepi tingkap selain kesan garisan birai tingkap sepanjang 3 milimeter pada tapak kasut yang menunjukkan kemungkinan Beng Hock memijak birai tingkap dalam keadaan mencangkung sebelum terjun.

6. Ujian toksikologi yang negatif menunjukkan Beng Hock tidak di bawah pengaruh dadah, ubat-ubatan atau alkohol.

7. Tiada kesan lemas atau gigitan pada lidah yang biasanya berlaku dalam kes-kes pergelutan.

8. Tiada kesan kecederaan akibat mempertahankan diri.

9. Tiada kesan-kesan kecederaan akibat cuba melawan.

''Sebab kematian yang paling ketara dalam kes ini, pada pendapat saya adalah bunuh diri,'' kata Dr. yang berpengalaman 10 tahun dan pernah menjalankan lebih 3,000 bedah siasat.

Bagaimanapun, beliau mengaku tidak berhak untuk mengatakan sama ada Beng Hock mempunyai alasan untuk membunuh diri.



.

HARI YG MENYAKITKAN HATI...

Hari ini saya saya ke Public bank Inanam , Saya memberhentikan kereta sebentar untuk menungguh kereta di depan keluar dan rasa2 mau masuk di parking la konon.. tiba-tiba sebuah kereta MB berwarna biru meluruh di depan saya dari arah bertentangan dan masuk dgn selamba dan buat2 tida tahu, mahu saja saya terajang dia nasib la kita ini dikurniakan dengan akal fikiran agar berbuat sesuatu yg lebih menguntungkan dari pada kerja menarajang.. terkeluar dari mulut saya time dalam kereta "mantang2 la kau naik MB suka2 hati kau saja, orang yang mati2 tunggu..."
sekaligus mengingatkan saya kepada satu peristiwa lama dahulu, orang ini artis la katakan lagi2 baru juga dicalonkan sebagai YB tapi kalah, hal yang lebih kurang pasal parking kereta, saya sedang menungguh parking masuk tiba2 sebuah kereta kelisa jauh dihadapan mengundur dan cuba masuk parking di depan saya.. saya tida bagi chance saya masuk (parking saya bah...) tiba2 keluar 1 orang pendik2 tagap dan berkata "hoi...!!! ada otak kah!!!" sambil menonjol kepala sendiri.. saya diam saja tapi dalam hati macam bom atom (nasib tidak meletup) terlintas di fikiran saya "tiada apa bagi lah chance org bodoh ni tunjuk lagak mantang2 dapat jadi calon tapi kalah, ketua menteri pun tida layan saya macam ini..."
sebelum itu saya adalah diantara peminat setia beliau lepas itu tida lagi, time saya datang ke "open house" dato Gulam saya ada terjumpa orang itu tapi saya buat tida tahu saja...

~kadang2 kita manusia bila suda di satu tahap seolah2 kita saja yg betul dan kau lah punya segalah2nya, kita yang salahpun kita buat2 kita betul.. apapun tepuk dada tanya selera ataupun kau fikir la bah sendiri...
sesungguhnya kita adalah sama2 insan biasa yang membezakan cuma nasib di pihak kita atau tidak.. tetapi distinasi tetap sama pada akhirnya. Pandai2 la kita pilih kita sama2 dikurniakan akal fikiran.

"harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama".



.

ADIKKU BERADA DI PORLAND


Gliwice, Katowice, Porland


kapten Mohd Rizam adik lelaki saya yang bongsu beliau seorang yg periang dan suka berjenaka kini berada di Porland lokasinya pun susah nak di sebut.. 1st time saya mendapat email dari beliau (Oboi, Galiwice, PL) saya ingatkan beliau bergurau dgn saya memandangkan mendiang nenek kami selalu memangil beliau dgn nama timang-timangan "galawis" time kecil2 dulu (Oboi tu nama manja dia).. apapun mungkin ini satu kebetulan kerana "galawis" itu adalah perkataan dusun yg membawa maksud sesuatu yang tirus atau tajam bucunya dan Gliwice saya tida dapat pastikan (yg pasti nama tempat di sana).. memang di luar jangkan saya memandangkan saya bukan tahu sangat tempat2 di Porland apalagi melawat lokasinya.. he he he...

Beliau di jangka akan pulang ke tanahair 19sept 2009. Apapun kami sekeluarga mendoakan semoga beliau success dan sehat serta pulang membawa kejayaan selaras dgn objektif beliau di hantar kesana... Amin...

PROTES ORANG DULU-DULU...

Lagu ini saya dengar time saya kecil dahulu rasa2 nya belum masuk darjah 1.. mungkin beginilah caranya orang dulu2 menyampaikan rasa ketidak puasan hatinya terhadap golongan pemerintah atau pemimpin. Lagu ini sekadar saya ingat tidak tahu mana rangkap yang pertama dan berikutnya apapun saya percaya ada di antara abang2 dan kakak2 yg lebih tahu akan susunan rangkapnya...



Sefoda om KPD
mintongkop tanah tokou
Magawi tanah tokou
Tipu kaling dih ?????

Jambatan jalanraya.. 2x
auh milo piakanon
Tipu Kaling dih ????

Bontuan doh molohing
Torimo'on dikoyu
Dato James ?????
Tipu kaling dih Ha???





Tiada dapat saya pastikan siapakah pencipta lagu dan lirik ini.. apapun jelas saya rasakan akan rasa protes dan ketidak puas hati beliau.

~ saya rasa golongan senior tahu akan siapa ????? itu berbanding generasi-generasi baru kita apapun satu soalan kuiz untuk generasi baru siapakah yang bertanda itu ????? (kalu tahu diam2 saja la) ha.. ha.. ha..

TODINDOT NASIHAT (CHARLES)

Roti'oh ti komoyon
Tanak Tandek tumangon
Okon ih ko wawalon
Todindot sisindiron

Sogirit nu Bo'inson
Fesyen nga zaman moden
Nga mesti piondom-ondom
siongo ot kinontodonon

Kada diko olingai
Todindot pangaramai
Tongondu tongo kusai
mongo'dindot papa'ramai

Sinalau do koridai
Aso sid tongo kadai
Naramu sid Magandai
Sina'mayan tiwak tuhau

Tanganak kikaraja
Ondomo tongo tama
Monotos kumaraja
mananggung dot balanja


~sampai send sms sama c prof minta bantuan sebab saya dan dr. Owen sedang bertarung malam itu, nasib la sampai juga todindot dia yg jadi penyelamat saya malam itu.. he he he...
torima kasi diti todindot nu oi prof...