SANTAI bersama MURALANG JR.

Hidupini Seperti Roda Yang Berputar Dan Dalam Perjalanan Hidupku Kini Aku Belari..!! Andai Kata Satu Hari Nanti Saya Tersungkur Ketika Saya Berlari Di Saat Ini, Saya Pasti Akan Berlari Semula Bila Saya Bangkit Kembali…!!

kinorikatan nu

email : rozanz76@tm.net.my

Masak KurmaMayat Suami...

ISLAMABAD: Seorang wanita disyaki membunuh suaminya sebelum mencincang dan kemudian memasaknya dalam usaha untuk menghapuskan bukti.Zainab Bibi, 42, dilapor memberitahu pihak berkuasa bahawa dia membunuh suaminya, Ahmad Abbas selepas lelaki itu cuba memperkosa anaknya berusia 17 tahun dari perkahwinan pertamanya. Zainab memberitahu polis, dia mencampurkan pil tidur dalam minuman Ahmad dan kemudian menjerut lelaki itu hingga mati dengan tali sebelum mencincang mayat mangsa.Polis berkata, mereka mula menyiasat kes itu selepas jiran mengadu bau busuk yang datang dari rumah keluarga itu.Anak saudara Zainab berusia 22 tahun, Zaheer Ahmed, juga ditangkap kerana didakwa terbabit mencincang mayat Ahmad. Ketika diwawancara oleh wartawan televisyen ARY di bilik kurungannya, Zainab berkata: “Saya bunuh suami saya sebelum dia menyentuh anak saya.” Kejadian mula terbongkar apabila tuan rumah Zainab, Behzad yang tinggal di tingkat bawah rumah dua tingkat itu, kecewa dengan bau busuk masakan dari tingkat atas.Dia naik untuk menegur wanita itu.
Polis mendakwa Behzad mendapati Zainab di dapur, memasak korma dari daging lengan dan kaki suaminya kerana percaya ia satu-satunya cara untuk menghapuskan mayat suaminya.Akhbar tempatan, The Express Tribune melaporkan, Zainab tinggal di rumah itu bersama-sama anaknya, Sonia dan Ahmad yang dikahwininya lima tahun lalu dan pernah menjadi guru Sonia ketika dia mengajar di sekolah gadis itu.
Zainab dipetik sebagai berkata: “Sebaik dia mati, saya merasa ketakutan buat kali pertama. Saya tidak mempunyai keberanian untuk menghampiri mayatnya selama sejam. “Terlintas di fikiran saya untuk memasak mayatnya sebagai cara untuk menghindar bau busuk.” Bagaimanapun, menurut wanita itu, dia tidak berniat untuk memakan masakan itu, sebaliknya mahu membuangnya. “Saya akan memberitahu jiran, korma itu tak sedap,” katanya. - Agensi

TONGKUYU...? Jangan Bah Geng..

Mungkin tidak la sehangat merlimau atau Kerdau namun tetap menjadi tarikan kepada saya lebih-lebih lagi berlaku di N5 Tandek daerah kelahiran saya iaitu pemilihan ketua pemuda P.B.S N5 Tandek, saudara Christopher selaku KP sekarang (mempertahan jawatan) dan calon baru saudara Junid iaitu naib II yang ingin mencabar kedudukan KP sekarang (kedua-duanya anak buah saya). Apapun diharapkan semoga persaingan ini bukanlah seperti pertembungan wakil rakyat PKR dan BEBAS yang berlaku kepada kita pada panggal yang lepas, Saya merujuk kepada fakta dan kejadian yang benar-benar berlaku dan bukan bermaksud untuk menyinggung mana-mana pihak kerana sejarah itu benar-benar menunjukkan kepada kita bahawa ia adalah kegagalan dan kerugian yang amat besar kepada kita khususnya Kimaragang kerana dua-dua mau naik, dua-dua masing-masing, dua-dua hebat dan akhirnya jadi macam "KETAM".

Kita selalu mendengar perumpamaan "mentaliti KETAM" atau Tongkuyu dalam bahasa ibunda kita. Ketam sememangnya menjadi sajian yang mahal di restoran-restoran. Ketam juga mampu memberi kekayaan kepada usahawan yang mengandalikan perniagaan hidangan itu. Namun ketam tidak boleh menjadi contoh kepada kepimpinan sesebuah masyarakat kerana budaya ketam boleh merosakan sesebuah masyarakat atau bangsa.

Sekumpulan tongkuyu apabila diletakkan di dalam basin atau baldi akan berebut-rebut naik untuk keluar. Namun tidak siapa dapat naik dengan mudah kerana yang di atas pasti akan ditarik kebawah oleh tongkuyu yang lain dan mengakibatkan yang diatas akan jatuh. Dan kemudian kalau ada tengkuyu yg dapat keluarpun jalannya pasti sendirian dan tidak betul.

Pendek kata kalau ada orang-orang kita yang sedang melangkah kearah kejayaan seluruh masyarakat kita khususnya Kimaragang harus bersatu untuk membantu dan memberikan sokongan dan bukannya menjadi makluk perosak atau alat kepada orang lain untuk merosakan kejayaan bangsa kita dan kepuasan diri sendiri.

~Apapun di ucapkan tahniah kepada kedua-dua calon kita, mereka di landasan yang betul dan selamat majujaya... Kepada yang berjaya nanti jangan lupa selogan "BERSATU...!!! dan hayat betul2.



Note: orang yang bijak akan bertambah bijak bila mau mendengar pendapat orang-orang bijak... (betul atau tida sayapun tida tau kita fikir la sama2)..



.

TAHUKAH ANDA......???

SIAPA tidak kenal bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Bertubuh kecil dan tidak sukakan publisiti, hingga beliau pernah dikenali sebagai ‘Daim Yang Diam’

Aku terpanggil untuk menulis entry mengenai Daim bila aku terbaca senarai orang terkaya di Forbes dan juga di majalah Malaysian Business. Aku tak tahu apa ‘formula’ yang digunakan oleh kedua-dua majalah ini dalam meletakkan ‘ranking’ seseorang individu itu dari segi pengumpulan harta. Namun seperkara yang menarik adalah nama Daim tidak pernah tersenarai walaupun dalam tangga ke-100 individu terkaya di Malaysia. Apatah lagi di kalangan mereka yang terkaya di dunia.

Hinggalah suatu hari aku dihantar melakukan tugasan Tanzania. Ketika itu aku hendak menukar ‘travellers cheque’ di sebuah bank berhampiran Dar-Es-Salam, ibu negara republik berkenaan.

Aku ingat lagi nama bank itu, International Bank of Commerce (ICB). Untuk pengetahuan korang, aku tiba-tiba tergamam sebentar sebaik saja melangkah masuk ke perkarangan bank tersebut.

Mahu taknya, potret Daim ’sebesar-besar alam’ tergantung di dalamnya. Dalam hati aku berkata, apa kejadahnya gambar Daim kat dalam ni? Ke ada manusia lain kat Tanzania ni muka macam Daim?

Tapi bila fikir balik, mustahil pulak, kecualilah ada rakyat Afrika yang ‘albino’ jadi taukeh bank (sebab Daim ni agak cerah orangnya)

Sebaik saja selesai urusan, aku terus pergi berjumpa salah seorang pegawai bank di situ. Aku berpura-pura tanya siapakah lelaki dalam bingkai gambar yang besar itu.

“For your information Sir, he is the owner of this bank, Mr. Daim Zainuddin. We’ve got 59 branches in Indonesia, 23 branches in Africa itself plus nine branches in Eastern Europe,” katanya dalam ‘accent’ Afrikanya yang pekat itu.

Ambik ko! Sejak hari itu aku tak percaya lagi ‘ranking’ orang-orang terkaya di dunia yang dikeluarkan oleh Forbes.

Sejak itu juga, aku percaya masih banyak manusia di luar sana yang sememangnya berlipat kali ganda kaya tetapi terus ‘low profile’…seperti mana ‘Daim Yang Diam’.


(Dua tahun lepas ICB menerima anugerah ‘Bank Terbaik 2006’ daripada The Banker di London.)

Dipetik dari syahrilkadir.wordpress.com

Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok - manusia terkaya di Malaysia

Majalah Fortune Malaysia baru-baru ini telah menamakan Tan Sri Robert Kuok sebagai manusia terkaya di Malaysia dengan kekayaan berjumlah RM26.6 billion. Walau bagaimanapun, jumlah kekayaan beliau telah merosot sebanyak RM31.5 billion daripada RM58.1 yang dicatatkan pada tahun lepas.

Mengekori rapat ialah pemilik Astro dan Maxis, T. Ananda Krishnan dengan kekayaan berjumlah RM20.1 billion.

Orang melayu yang terkaya ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary dengan kekayaan berjumlah RM3.2 billion. Manakala wanita terkaya ialah Puan Sri Lee Kim Hua, balu kepada pengasas Genting, Tan Sri Lim Goh Tong dengan kekayaan berjumlah RM3.5 billion.


Berikut ialah senarai 10 manusia terkaya di Malaysia;
Tan Sri Robert Kuok - (RM26.6 billion)
T. Ananda Krishnan - (RM20.1 billion)
Tan Sri Teh Hong Piow - (RM8.15 billion)
Tan Sri Lee Shin Cheng - (RM7.4 billion)
Tan Sri Quek Leng Chan - (RM4.5 billion)
Puan Sri Lee Kim Hua - (RM3.5 billion)
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary - (RM3.2 billion)
Tan Sri Vincent Tan - (RM1.8 billion)
Tan Sri Tiong Hiew King - (RM1.6 billion)
Tan Sri Azman Hashim - (RM1.4 billion)