SANTAI bersama MURALANG JR.

Hidupini Seperti Roda Yang Berputar Dan Dalam Perjalanan Hidupku Kini Aku Belari..!! Andai Kata Satu Hari Nanti Saya Tersungkur Ketika Saya Berlari Di Saat Ini, Saya Pasti Akan Berlari Semula Bila Saya Bangkit Kembali…!!

kinorikatan nu

free counter

email : rozanz76@tm.net.my

KIMARAGAN BANGSAKU…!!

Sesungguhnya tiada siapa menyangka, seorang pemuda berusia 17 tahun mencatatkan sejarah tersendiri apabila muncul sebagai insan pertama dari suku Dusun Kimaragang yang berjaya menjejakkan kaki ke Singapura pada tahun 1954. Tokoh yang dimaksudkan ialah Tuan Hj.Zulkifle Majun @Muralang yang kini menetap di pekan Tandek, Kota Marudu.
Semasa ditemui, beliau dengan tenang cuba mengingati jejak-jejak perjalanan lalu yang sudah semestinya begitu mempengaruhi kehidupan beliau pada hari-hari yang seterusnya. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pengalaman luas pengetahuan, begitulah masyarakat beliau menyambut dan mengikhtiraf keupayaan beliau menjejakkan kaki ke wilayah jajahan Inggeris (1954) tersebut.

Menurut Tuan Hj.Zulkifle Majun, sebaik sahaja beliau pulang ke Sabah, beberapa orang Ketua Kampung (KK) di kawasan Tandek antaranya KK Pomintar dan KK Rumek serta beberapa orang tua-tua lain meminta beliau menceritakan pengalaman beliau semasa berada di Singapura.

Semasa di Singapura, beliau sempat melawat beberapa pusat permainan seperti Great World, dan beberapa tempat yang lain. Beliau turut mengelilingi pulau Singapura dengan ditemani oleh pemandu peribadi Ketua Polis Singapura ketika itu. Bangunan-bangunan di Singapura ketika itu kebanyakannya diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan kayu.

Sesungguhnya kesempatan beliau melawat Singapura telah memberikan banyak impak ke atas diri beliau, betapa sukunya iaitu Dusun Kimaragang merupakan suku yang jauh ketinggalan dalam serba-serbi berbanding kaum-kaum lain yang beliau telah lihat dengan mata kepalanya sendiri semasa pelayaran beliau ke negara jajahanan tersebut.

Justeru itu, atas kesedaran akan kekurangan yang ada pada kaumnya, beliau muncul sebagai pemimpin yang memperjuangkan nasib kaumnya agar dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan kaum-kaum yang lain di Sabah. (ikuti cerita penuh di http://muralangjr.blogspot.com/)

~sumber dari Hanafiah Hj.Zulkifle.

 

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent