SANTAI bersama MURALANG JR.

Hidupini Seperti Roda Yang Berputar Dan Dalam Perjalanan Hidupku Kini Aku Belari..!! Andai Kata Satu Hari Nanti Saya Tersungkur Ketika Saya Berlari Di Saat Ini, Saya Pasti Akan Berlari Semula Bila Saya Bangkit Kembali…!!

kinorikatan nu

free counter

email : rozanz76@tm.net.my

KENAPA ORANG DUSUN MENGAKU KADAZAN

Sebenarnya kadazan tidak pernah wujud sebagai satu etnik atau suku kaum. istilah kadazan adalah ciptaan donald stephen, peter mojuntin dan pemimpin2 momogun di awal pembentukan malaysia, atau boleh dikatakan di peringkat awal kewujudan semangat berpolitik momogun. pengujudan istilah kadazan ini sebenarnya ditiru dari pengujudan istilah melayu di semenanjung. tidak ada satu etnik di semenanjung yang dipanggil 'melayu', tapi digunakan untuk merujuk kepada org2 yang seagama. malah mereka cuba untuk membentuk bangsa melayu di seluruh kepulauan asia tenggara tetapi digagalkan oleh sukarno dan marcos. begitu juga dengan istilah 'kadazan' digunakan untuk satu tujuan iaitu menyatukan semua penduduk momogun yang terpecah kepada etnik/suku kaum yang berbagai - tujuan utamanya tidak lain dan tidak bukan - untuk membentuk satu bangsa majoriti di sabah untuk tujuan mendapatkan kuasa politik.

kalau kamu lihat pergolakan politik sabah diperingkat awal kemerdekaan, kadazan merupakan satu kuasa yang kuat sehingga mustapha, dengan bantuan kerajaan pusat, berusaha bersungguh-sungguh untuk menggagalkan kewujudan satu bangsa kadazan kerana ia mengancam kedudukannya yang tidak disenaraikan dalam rumpun kadazan itu. usaha pengislaman beramai-ramai kaum momogun dengan berbagai bentuk kelebihan disediakan, dan propaganda mustapha bahawa 'kadazan' itu untuk momogun kristian sahaja. propaganda ini menyebabkan ramai momogun yang telah memeluk agama islam menolak kadazan dan merujuk diri mereka berdasarkan etnik/suku kaum sendiri. ini ditambah lagi oleh razak hussin menghasut mark koding untuk menubuhkan USDA sebagai tindakbalas kepada penubuhan KCA.

pairin cuba meneruskan usaha pemimpin2 awal untuk memperkasakan 'kadazan' dengan pengubahsuaian KCA kepada KDCA tetapi usahanya sudah terlambat. momogun sudah termakan propaganda mustapha dan pemimpin2 melayu semenanjung. sampai pada satu tahap ada yang mengatakan bahawa 'kadazan' itu satu bangsa untuk momogun yang beragama kristian roman katholik sahaja, sedangkan bangsa momogun menganut pelbagai agama, bukan sahaja islam tetapi kristian dari mazhab yang pelbagai juga. faktor inilah yang menggagalkan usaha pengujudan satu bangsa 'kadazan' dan inilah faktor utama mengapa momogun berpecahbelah dan tidak mempunyai kuasa dalam politik.

saya cukup sedih bila ada anak-anak muda momogun yang berpelajaran merasa malu untuk mengakui asal-usulnya, dan ada yang merasa marah bila dipanggil kadazan sedangkan ibubapanya dipanggil dusun. sebenarnya bukan dusun atau kadazan itu yang menjadi masalah, tetapi masalah jatidiri anak-anak momogun itu sendiri yang tunduk kepada tekanan persekitaran mereka. cuba kamu bayangkan, sebagai contoh; said keruak (dusun) + bandung hasbollah (banjar) - sepatutnya anak2 mereka adalah dusun bukan bajau - sekarang anaknya salleh said (bajau) + rayah erom (dusun) - anak2 mereka bajau. inilah satu contoh asimilasi mustapha diperingkat awal, dan sebenarnya ramai bajau (sama) kota belud yang berasal-usul dari suku kaum tindal. mereka tidak marah dipanggil bajau walaupun ibubapanya tindal (suku kaum dusun).

inilah faktor2 penghalang momogun untuk berkuasa dalam politik. kuasa politik boleh membawa kepada kuasa dalam bidang lain. jadi, anak-anak momogun tidak payahlah marah-marah, komplin sana komplin sini dalam SF pasal memerintah sabah kalau masih berpecahbelah macam sekarang. bikin besar kemaluan saja..

sekarang, pilihan yang ada cuma bersatu sebagai orang sabah, tanpa mengira latar belakang sosial dan agama (KECUALI keturunan PTI) untuk membawa sabah keluar daripada penjajahan melayu semenanjung. kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah sesama sabahan. berbanggalah walau dipanggil apa pun, dusundarat, dusunbukit, kadazan, bajausama, atau apa saja asalkan kita bersatu sebagai orang sabah. berjuang untuk masa hadapan politik negeri kita sendiri.

atuuukoi, ogumu da tombulagas nga mangawi nopo roloi..


~SUMBER dari sabahforum.com



.
 

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent