SORITA DOH LOWONG OM MULAU.
Terdapat peringkat dan jenis gila dan bodoh yg boleh di ketegorikan seperti berikut..
JENIS-JENIS BODOH
1. Bodoh (dungu) – semua orangpun tahu tidak perlu di jelaskan.
2. Bodoh-Bodoh (diperlakukan bodoh oleh orang lain) – rela diperalatkan oleh orang lain.
3. bodoh pandai – kita lihat dia buat sesuatu kerja yg bodoh tetapi hasilnya amat baik.
4. bodoh sendiri – memperbodohkan diri sendiri (dia tahu kerja itu tidak betul dia buat juga).
5. bodoh lawak – kita tahu dia buat kerja bodoh tetapi tidak menyusahkan kita malah mengembirakan hati kita (sejuk mata memandang).
6. lawak bodoh – orang yg buat lawak tapi hancus…!! (syok sendiri dia).
7. Bodoh sombong (raja segala bodoh) – dia buat kerja bodoh namun dia tetap dengan pendiriannya apa yg dia buatnya betul dia memikirkan dialah yg terbaik orang semua kurang dia la saja yg terlebih pandai (tapi realiti sebenarnya dia B.O.D.O.H).
# kita seharusnya menerima pandangan (penilaian) orang lain tentang kebolehan kita, bukan kita yg beri markah untuk diri sendiri dengan apa yg kita lakukan…!!!
JENIS-JENIS GILA
1. Gila (sakit mental) – orang gila….
2. Gila harta – kedekut setangah mati…
3. Gila perempuan / sex – kaki perempuan, perogol dan yg sewaktu dengannya.
4. Gila judi – kaki judi.
5. Gila-gila – orang yg normal buat-buat gila (sama ada dia sedar atau tidak).
6. Kerja gila – membuat kerja gila la…
7. Gila kuasa (semua gila dia ada/ king of gila) – di rasa dia saja yg betul pendapat orang lain salah, konon dia memperjuangkan perpaduan dan memartabat bangsanya pada hal tampa di sedari dia la puncanya bangsa dan masyarakatnya berpecah, memaksa orang tunduk dgn kehendaknya tidak mendengar pandangan orang lain walaupun kaki dia jelas terpijak tahi kerbau dia tetap dengan cakap-cakap dia konon-kononnya betul/bernas perlu dituruti (sebahagian dari ciri-cirinya).
~ sayapun sudah naik gila memperkatakan tentang hal-hal gila ini (saya tidak tahu saya ni bodoh tahap yg mana kerana menyentuh hal ini), apapun saya tidak berhak menilai sepenuhnya dari diri saya sendiri dgn apa yg saya perkatakan biar la kawan2 dan saudara2 juga turut menilai tentang apa yg saya “publish” kan untuk kali ini dan begitu juga dengan mereka yg rasakan mereka la ketua atau layak menjadi ketua, pemimpin dan segala2nya adakan apa yg anda lakukan betul atas penilaian diri sendiri/kebanyak orang (suara majority dari kaki ampuh), jadi semoga kita semua dijauhkan dari ketegori Gila dan Bodoh yg saya perkatakan..
Bagi mereka yg rasa sudah cukup pandai sekolahpun sudah cukup tinggi jangan lupa kita di dunia ini perlu banyak2 belajar sampai matipun ilmu itu belum tentu akan habis kita pelajari… yg banyak ilmu tu bagi2 kepada yg sudi mahu belajar…
“BERSATU BANGSA KU, MAKA GEMILANGLAH TANAH TUMPAH DARAHKU”