SANTAI bersama MURALANG JR.

Hidupini Seperti Roda Yang Berputar Dan Dalam Perjalanan Hidupku Kini Aku Belari..!! Andai Kata Satu Hari Nanti Saya Tersungkur Ketika Saya Berlari Di Saat Ini, Saya Pasti Akan Berlari Semula Bila Saya Bangkit Kembali…!!

kinorikatan nu

free counter

email : rozanz76@tm.net.my

SIOU KOW KI'AWI TUH MIMANG DO'GON DOH SALAH.

Selepas mesyuarat kemajuan deklarasi Torongsoko yg berlansung di W.P Labuan selain dari mempublish gambar2 yg saya sempat ambil di Labuan lama betul saya tinggalkan sulap saya ini.. (rumputpun suda panjang, lalangpun sudah tinggi)… bukan kerana apa tetapi banyak betul kerja2 yg tertangguh selain dari jumpa2 kawan dan commitment lain.

melihat kepada komen2 dari kawan2 dan saudara2 maka terdorong pula saya meluahkan isi hati saya hari ini.. Ada saudara2 kita tanya kenapa buat di Labuan? Kenapa tidak di Tandek/Bandau? Kenapa tiada perempuan, lelaki semua? (ada sudah yg cadangkan c Nong patut terlibat sebab pandai buat kerja, tida apa Nong kau bagi phone number kau bila saya balik KM saya call kita jumpa di kedai kopi Ah Moi).

Apapun memang terlalu banyak yg perlu diperbaiki dgn apa yg telah berlangsung sesungguhnya kita hanya merancang dan apa yg kurang perlu kita perhalusi dan diperbaiki. saya memohon ribuan maaf atas apa yg telah berlaku kerana saya lah yg mengusulkan idea ini (buat meeting di Labuan) saya sendiri yg jumpa tuan pengerusi pada masa itu (good Friday Labuan tida cuti).

Dan sekembalinya saya di kk sempat juga saya bertanya kawan2 dan orang penting kita walaupun bukan semua (malah saya sendiri ada call kawan2 saudara2 di KM walaupun bukan semua dan bertanya pendapat mereka) bole la saya katakan 99% cakap setujuh hinggakan sampai saat2 akhirpun semua setujuh. Tetapi yg tidak bagusnya bila masa berlepas itu suda tiba adapula yg tida datang malah saya sendiri call ada yg tidak angkat phone pun yg beri alasan itu kita ok la bole kita terima tetapi yg tida menjawap itu susah saya mau cakap.

Apapun saya mengucapkan tahniah kepada saudara2 yg datang, mesyuarat kita “success” dan terima kasih juga kepada yg tidak dapat datang kerana kitapun faham akan commitment masing2 (apapun yg janji tapi tidak datang tu terima kasi juga dengan janji2 kamu itu dan saya minta maaf mungkin jemputan saya ini tidak cukup bagus lagipun siapa la saya..)

~keseluruhannya satu lagi kejayaan yg besar dari masyarakat Kimaragang walaupun nampak ada kurangnya namun pasti bole diperbaiki, sesuatu yg teguh, utuh dan gemilang akan tercapai bila ada permulaan dan kita nampak kelemahannya dan kita sama2 perbaiki.. “SYABAS KIMARAGANG”

SANG KALDAI, SI BAPA DAN SI ANAK

Saya baru balik dari minum lewat malam bersama tuan pengerusi dan tuan setiausaha di Greece point saya begitu tertarik tentang analogy yg di perkatakan oleh tuan pengerusi mengenai sang kaldai bersama anak dan bapa.

Cerita ini bukan la bertujuan untuk menyindir sesiapa tetapi sebagai pendoman yg bole kita kongsikan bersama.

Tersebutlah kisah sang kaldai yg ditunggang oleh si anak dan si bapa yg menariknya, orang2 yg melihatnya berkata bodoh punya anak sepatutnya si bapa yg menunggang dan si anak yg menarik. Maka dalam keadaan yg berbeza si bapa pula yg menungganag dan si anak yg menarik, ada juga orang yg berkata bodoh punya bapa sepatutnya si anak yg menunggang. Di ceritakan pada keadaan situasi yg lain lagi si anak dan si bapa bersama2 menunggang keldai itu, ada juga orang yg berkata bodohnya mereka tidak ada rasa balas kesihan langsung dengan keldai yg mereka tunggang. Dan pada situasi yg satu lagi si anak dan bapa sama2 memikul sang kaldai juga ada orang yg mengatakan bodohnya keldai itu sepatutnya untuk di tunggang bukan dipikul.

~Terlalu banyak perkara yg kita buatpun salah, tak di buatpun salah apapun tuan cakap kita buat mengikut kehendak kita, bertoleransi dan sepakat..

 

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent