SANTAI bersama MURALANG JR.

Hidupini Seperti Roda Yang Berputar Dan Dalam Perjalanan Hidupku Kini Aku Belari..!! Andai Kata Satu Hari Nanti Saya Tersungkur Ketika Saya Berlari Di Saat Ini, Saya Pasti Akan Berlari Semula Bila Saya Bangkit Kembali…!!

kinorikatan nu

free counter

email : rozanz76@tm.net.my

APA AKU MAHU




AKU MAHU KAYA???

Aku Mau kaya…??

Sebut sahaja kaya, orang selalunya memikirkan tentang harta, kekayaan dan wang ringgit (money). Sejauh manakah pentingnya wang ringgit kepada setiap insan terpulang kepada diri masing2. Apapun bukan semua insan bole hidup dengan gembira dengan wang yang banyak malah ada diantara insan yg ditakdirkan untuk memiliki jutaan ringgitpun mengambil keputusan untuk mendermakan wang/harta mereka kepada rumah2 ibadat dan badan2 kebajikan tampa meninggalkan sedikitpun untuk kegunaan sendiri dengan alasan yg sukar untuk diterima apapun inilah manusia wang adalah no 1 dan bole jadi sebaliknya.

Kau mau jadi jutawan..??

Saya pernah di soal sedemikian oleh seorang kawan yang kerjanya jual saham dan demikian jawapan saya, tida mau..!! dan alasan saya kadang2 duit tu sampai separuh matipun kita cari duit itu tida akan jumpa akan tetapi bila duit itu kita tida cari (tampa di duga) pandai datang sendiri. Apapun ini adalah pengalaman yg pernah saya lalui tetapi tida semestinya kalu saya diberi wang saya tida mahu.. he he he…

Kau ni kaya temberang..!!

Ini cerita pegalaman yg pernah saya lalui bersama kawan2 time di SMV dulu.. adalah seorang mamat ni yg memperkatakan tentang kehebatannya di sebut la apa sijilpun dia ada sehinggakan sijil panduputeri diapun ada pada hal di ni lelaki.. ka ka ka ka…

Aku mau…… Ikuti lirik lagu ini (bukan sikap orangnya)…

SORITA DOH TARANG BULAN...!!

Cerita saya ini sebenarnya telah saya simpan lama dahulu time saya mula2 berkenalan dengan seorang yg saya panggil cikgu melalui telefon (sori cikgu bukan mengata u tapi sekadar mendapat inspirasi dari perbualan kita he he he..) dan cerita ini bukan bertujuan untuk menyindir atau membandingkan sesiapa.

Saya juga sebentar tadi mendapat forward sms dari saudara saya yg bunyinya bikin sakit hati juga mendorong saya untuk berkongsi cerita ini, apapun inilah perkara2 yg suda kita jangkakan time mula2 kita publish cerita jambatan… yang kita sedia maklum kes ini melibatkan orang2 kuat kita.. apapun kita sama2 mendengar cerita saya dulu..

Saya bertemu dengan seorang saudara saya di KK beberapa bulan lalu tida tau macam mana tersebut lah nama yang saya panggil cikgu ni… sayapun minta la nombor phone dia. Dipendekkan cerita mula saya menelepon cikgu itu, macam2 dia soal saya (saya macam di soal siasat polis) mungkin ada perkara2 yg beliau tida puas hati lalu beliau berkata kepada saya.

Cikgu : kau mau jadi YB ka?

Saya : Tida mau.. saya mau jadi driver YB saja, kenapa?

Cikgu : ceh!! Temberang oh kau.. saya kasi tau kau, kalu mau jadi ??? bohong mesti berat 5 Tan, temberang mesti berlori-lori macam c ????

Saya : ya bah..! saya bukan mau pangkat yg besar..! tiada semestinya saya berjawatan penting baru bole menyumbang sesuatu untuk bangsa saya dan seterusnya bole jadi kawan kau, kalu saya berjawatan pentingpun belum tentu saya bole menyumbang sesuatu kepada bangsa saya dan mau kawan dengan kau… saya misalnya seorang ketua dalam masyarakat saya selalu cakap yes Bos..!! tampah merujuk kepada hakikat sebenar juga sesuatu yang saya tida mahu. Saya dianugerahkan dengan projek sini sana dan mementingkan keuntungan semata2 juga satu kesilapan besar kepada saya. Saya cakap saya 10 tahun jadi kontraktor, kualiti saya jaga kerana periuk nasi saya, saya juga yg malu kalau orang tahu sebenarnya projek saya sebenarnya saya sub bulat2 kepada geng2 saya, orang kampung balik2 cakap projek orang2 YB banyak masalah dan buang duit saja (saya sudah merosakan nama baik YB saya) ibarat susu yg diberi saya balas dengan tuba. apapun kalau la kita seorang pemimpin masyarakat, harus ingat tampa YB dan orang2 yg mendukung kita sebelum kita jadi pemimpin siapa la anda? tepuk dada tanya selera, buka mata besar2 lihat siapa didepan anda baru bercakap.

~ penghujung kepada cerita saya akhirnya disebabkan mungkin kerana keikhlasan saya untuk menjadi sahabat kepada cikgu itu akhirnya berjaya malah beliau dengan tida menghampakan saya telah datang ke hari sambutan birthday saya baru2 ini….

Note: cerita ini sekadar cerita pengalam yang saya lalui dan bukan bertujuan untuk menyindir mana2 pihak. kesilapan ayat-ayat dan ada menyinggung mana-mana pihak adalah amat saya kesali.

LELAKI PALING KERDIL DI DUNIA



Dengan ketinggian kira-kira 61 sentimeter, Khagendra Thapa Magar hanya perlu menunggu empat bulan lagi untuk diisytiharkan sebagai lelaki paling kerdil di dunia pada ulang tahun kelahirannya yang ke-18 Oktober depan.
Bagaimanapun, Khagendra yang seberat 4.54 kilogram seolah-olah sudah menjadi selebriti di negara kelahirannya, Nepal. Sejak kecil lagi keluarganya dapat merasakan dia akan menjadi terkenal dan berjaya dalam hidup walaupun kerdil.“Ketika dilahirkan, beratnya hanya 600 gram,” kata ibunya, Dhana Maya Thapa Magar, 33. “Ia seperti melihat anak ayam yang keluar dari telur yang baru menetas. Saya mengaku pada mulanya saya malu dan tidak mahu keluar rumah. Namun kini hanya kebanggaan yang tersemat di hati saya dan begitu mengharapkan dia dinamakan lelaki paling kerdil di dunia.”Walaupun punca kekerdilannya tidak pernah disahkan secara perubatan, namun doktor di Nepal yang memeriksa Khagendra percaya ia disebabkan oleh kelenjar pituitari yang tidak berfungsi. Jika tidak kerana masalah itu, dia dianggap sihat.
Khagendra yang menghadapi masalah untuk bersandar, baru-baru ini memasuki tadika di kampungnya untuk belajar menulis dan membaca. “Saya tinggal di sekolah dan belajar lima hari seminggu. Pada hujung minggu, saya pulang ke kedai buah-buahan ayah saya di Pokhara dan membantu mereka berniaga,” kata Khagendra. Mengenai kegemarannya, Khagendra berkata, dia minat menonton rancangan karate di televisyen ketika di rumah dan menanam impian untuk menjadi penari paling terkenal di dunia sedikit masa lagi.Sejak mula mendapat tumpuan hampir empat tahun lalu, dia terbabit dengan pelbagai publisiti yang bertujuan mendapat pengiktirafan rasmi daripada Guinness. “Sebaik saja saya dinobatkan sebagai lelaki paling kerdil, saya akan dapat memenuhi impian untuk melawat Amerika Syarikat. Saya boleh pamerkan tarian saya dan juga tunjukkan kecekapan saya dalam karate,” kata Khagendra.Walaupun perkembangan mentalnya tidak sama dengan rakan seusianya, Khagendra masih mempunyai perasaan terhadap gadis cantik. “Satu daripada perkara yang paling menyeronokkan ketika mengikuti kumpulan tarian ialah saya boleh melihat gadis di Kathmandu. “Mereka sungguh cantik dan pakaian mereka juga jauh berbeza dengan pakain gadis di kampung saya,” katanya.


 

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent