SANTAI bersama MURALANG JR.

Hidupini Seperti Roda Yang Berputar Dan Dalam Perjalanan Hidupku Kini Aku Belari..!! Andai Kata Satu Hari Nanti Saya Tersungkur Ketika Saya Berlari Di Saat Ini, Saya Pasti Akan Berlari Semula Bila Saya Bangkit Kembali…!!

kinorikatan nu

free counter

email : rozanz76@tm.net.my

membunuh diri penyumbang utama kematian di dunia

JANGAN terkejut jika tindakan membunuh diri adalah satu daripada penyumbang utama kematian di dunia. Pertubuhan Kesihatan Dunia menyatakan, seorang membunuh diri setiap 39 saat.

Malah, dianggarkan 10 hingga 20 juta cubaan bunuh diri yang tidak membawa maut berlaku setiap tahun di seluruh dunia. Bunuh diri boleh difahami sebagai suatu tindakan mengambil nyawa sendiri. Ia merujuk kepada perbuatan memusnahkan diri sendiri kerana enggan berhadapan sesuatu perkara atau masalah yang dianggap tidak dapat ditangani. Ia berlaku disebabkan pelbagai faktor, seperti kegagalan menghadapi tekanan, malu kepada keluarga dan masyarakat, rasa bersalah, tidak dapat menahan kesakitan fizikal, tekanan emosi yang meluap-luap, kebimbangan dan masalah kewangan. Menurut pakar psikiatri, kadar kejadian bunuh diri dalam kalangan mereka yang berusia antara 19 hingga 59 tahun terutama wanita adalah 1.5 kali lebih tinggi daripada lelaki. Punca utama kejadian itu disebabkan tekanan perasaan, skizofrenia dan kemurungan diri yang melampau. Pada satu tahap pesakit berasakan tiada lagi jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Tekanan itu boleh menyerang sesiapa saja dan keadaan menjadi bertambah rumit jika pesakit mengambil dadah atau alkohol yang boleh mendorong perkara tidak diingini. Pengaruh lain seperti berasakan diri keseorangan, tiada sokongan sosial dan dibayangi rasa putus asa, bahkan ditambah dengan kegagalan mengawal desakan dalam diri turut mendorong mangsa membunuh diri.

0 comments:

Post a Comment



 

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent