SANTAI bersama MURALANG JR.

Hidupini Seperti Roda Yang Berputar Dan Dalam Perjalanan Hidupku Kini Aku Belari..!! Andai Kata Satu Hari Nanti Saya Tersungkur Ketika Saya Berlari Di Saat Ini, Saya Pasti Akan Berlari Semula Bila Saya Bangkit Kembali…!!

kinorikatan nu

email : rozanz76@tm.net.my

Tukar Angin....!! he he he..

Sudah sekian lama sibuk dgn beberapa perkara termasuk hari pelancaran dan konvoi kini terasa ingin berehat sebentar sehingga penghujung tahun ini kalu di izinkan, sambil itu teringin la pula tengok2 email chet dgn kawan2.. dalam pada itu saya begitu tertarik dengan kiriman yg ini, apapun kalu ini adalah nasihat utk saya, saya sedia menerimanya dan terima kasih.

(dari seseorang)
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !






.

0 comments:

Post a Comment