SANTAI bersama MURALANG JR.

Hidupini Seperti Roda Yang Berputar Dan Dalam Perjalanan Hidupku Kini Aku Belari..!! Andai Kata Satu Hari Nanti Saya Tersungkur Ketika Saya Berlari Di Saat Ini, Saya Pasti Akan Berlari Semula Bila Saya Bangkit Kembali…!!

kinorikatan nu

free counter

email : rozanz76@tm.net.my

SORITA DOH LOWONG OM MULAU.

Terdapat peringkat dan jenis gila dan bodoh yg boleh di ketegorikan seperti berikut..

JENIS-JENIS BODOH
1. Bodoh (dungu) – semua orangpun tahu tidak perlu di jelaskan.
2. Bodoh-Bodoh (diperlakukan bodoh oleh orang lain) – rela diperalatkan oleh orang lain.
3. bodoh pandai – kita lihat dia buat sesuatu kerja yg bodoh tetapi hasilnya amat baik.
4. bodoh sendiri – memperbodohkan diri sendiri (dia tahu kerja itu tidak betul dia buat juga).
5. bodoh lawak – kita tahu dia buat kerja bodoh tetapi tidak menyusahkan kita malah mengembirakan hati kita (sejuk mata memandang).
6. lawak bodoh – orang yg buat lawak tapi hancus…!! (syok sendiri dia).
7. Bodoh sombong (raja segala bodoh) – dia buat kerja bodoh namun dia tetap dengan pendiriannya apa yg dia buatnya betul dia memikirkan dialah yg terbaik orang semua kurang dia la saja yg terlebih pandai (tapi realiti sebenarnya dia B.O.D.O.H).
# kita seharusnya menerima pandangan (penilaian) orang lain tentang kebolehan kita, bukan kita yg beri markah untuk diri sendiri dengan apa yg kita lakukan…!!!

JENIS-JENIS GILA
1. Gila (sakit mental) – orang gila….
2. Gila harta – kedekut setangah mati…
3. Gila perempuan / sex – kaki perempuan, perogol dan yg sewaktu dengannya.
4. Gila judi – kaki judi.
5. Gila-gila – orang yg normal buat-buat gila (sama ada dia sedar atau tidak).
6. Kerja gila – membuat kerja gila la…
7. Gila kuasa (semua gila dia ada/ king of gila) – di rasa dia saja yg betul pendapat orang lain salah, konon dia memperjuangkan perpaduan dan memartabat bangsanya pada hal tampa di sedari dia la puncanya bangsa dan masyarakatnya berpecah, memaksa orang tunduk dgn kehendaknya tidak mendengar pandangan orang lain walaupun kaki dia jelas terpijak tahi kerbau dia tetap dengan cakap-cakap dia konon-kononnya betul/bernas perlu dituruti (sebahagian dari ciri-cirinya).

~ sayapun sudah naik gila memperkatakan tentang hal-hal gila ini (saya tidak tahu saya ni bodoh tahap yg mana kerana menyentuh hal ini), apapun saya tidak berhak menilai sepenuhnya dari diri saya sendiri dgn apa yg saya perkatakan biar la kawan2 dan saudara2 juga turut menilai tentang apa yg saya “publish” kan untuk kali ini dan begitu juga dengan mereka yg rasakan mereka la ketua atau layak menjadi ketua, pemimpin dan segala2nya adakan apa yg anda lakukan betul atas penilaian diri sendiri/kebanyak orang (suara majority dari kaki ampuh), jadi semoga kita semua dijauhkan dari ketegori Gila dan Bodoh yg saya perkatakan..

Bagi mereka yg rasa sudah cukup pandai sekolahpun sudah cukup tinggi jangan lupa kita di dunia ini perlu banyak2 belajar sampai matipun ilmu itu belum tentu akan habis kita pelajari… yg banyak ilmu tu bagi2 kepada yg sudi mahu belajar…


“BERSATU BANGSA KU, MAKA GEMILANGLAH TANAH TUMPAH DARAHKU”

KEMALANGAN YANG BERLAKU DI UiTM SABAH.

kemalangan yang berlaku 2 hari lepas....




ini motor kawan saya yang sempat melatikan diri dalam keadaan panik ketika melihat bas tersebut meluncur laju menuruni bukit menghala kearahnya...









Kemalangan ini diberitakan berpunca dari brek gagal berfungsi dan mengakibatkan sekurang2nya 4 orang orang cedera.

SEMBANG2 LEWAT MALAM..

Saya baru habis bebrual dengan Tuan sahabat baik saya di telefon, saya mendapat tahu bahawa beliau masih di Pitas mengikuti rombongan bosnya dan akan datang ke KK sebab esok ke KL (saya mendapat call dari beliau semalam tetapi saya suda sampai di Bandau untuk mesyuarat ‘so’ malam ini plan mau jumpa). saya ni konon2 sambil tunggu Tuan mana tahu dia call.. lepak2 la dulu.

Jam 9:30pm saya dalam perjalanan menujuh ke rumah seorang sahabat di sekitar Beverly (sebelum itu petang tadi saya menerimah SMS agar datang kerumahnya malam ini), saya singgah sebentar di “seven eleven”untuk membeli 2 uncang kacang cap tangan selepas itu saya menujuh terus ke rumahnya.

Setibanya saya dirumah kawan tersebut saya duduk di taman mini di depan rumahnya menghadap kolam kerana saya tahu walaupun kami kawan atas sebab2 tertentu kami tetap berbeza dari segala2nya. Sambil menunggu beliau turun dari tingkat atas rumahnya, saya memerhatikan barisan keretanya 928(ninja King) 938 (sport car) 838…. (dia ni bujang sudah.. saya pernah datang di sini tahun baru cina baru2 ini..)

umur beliau ini lebih kurang saya sebenarnya namun saya jauh ketinggalan dari segi semua perkara. Inilah yg jelas dari segi perbezaan dan kehebatan. Saya mengenali sahabat ini beberapa tahun yg lalu di hotel tempat kami seminar tetapi “lost contact” dan saya menemui beliau apabila dia menelefon saya beberapa bulan yg lepas selepas itu hubungan kami jadi rapat tapi masih terbatas (tidak bole rapat sangat).

Seketika kemudian beliau turun dan menghampiri saya yg duduk di bangku kayu (dia)memakai t-shirt putih dan seluar pendek hitam dan berselipar tumit tinggi beliau melihat2 apa yg ada di dalam beg plastic yg saya bawa tadi dia cakap “good”kemudian beliau menuju ke dapur dan keluar membawa bersama2 beberapa tin minuman (bikin buka cerita) … (ceritapun bermula).

Saya sempat mengatakan “I sangat2 jauh ketinggalan di belakang You” jawapnya “oh tida kalau you fakir baik2 you sebenarnya jauh lebih baik dari saya, saya bole ketagorikan you ditahap kelas A memandangkan siapa orang2 yg ada di sekeliling you” kata beliau “yang penting kita pandai mengambil peluang yg ada dan jangan sampai terlepas”.

Bila di fikirkan terasa benar juga cakap2 beliau itu tetapi siapa la saya, saya sebenarnya baru berjinak2 dalam dunia yg saya ceburi sekarang sebelum ini tidak tahu apa2 baru mula mau belajar… dipendekkan ceritanya tin2 kosong didepan kami semakin banyak jam sudah hampir 12:30am (tuan pun tida call, saya rasa dia panat bah tu) saya mengambil keputusan untuk balik kerana hari sudahpun lewat malam walaupun cerita itu belum habis (cerita itu susah mahu di habiskan) saya mengambil keputusan agar kami berhenti setakat ini (saya teringat nasihat dari seorang kawan kalu kita ada 1 juta jangan kasih habis malam ini kita bahagi2kan untuk kita nikmati pada hari2 seterusnya).

Apapun cerita kami berakhir sudah semasa beliau temani saya ke “gate” rumahnya sempat juga tangan saya singgah di bahunya (sudah pening2) “don’t be like this nanti I tak nak kawan you lagi”…

~ Saling percaya dan menghormati keputusan dan diri masing2 adalah kunci persahabatan kami.

SEMINAR DEKLARASI TORONGSOKO (DI LABUAN) 2009.

Satu bengkel akan di adakan kesinambungan kepada program deklarasi Torongsoko di adakan di Labuan pada 2 hingga 3mei 2009. Perhatian kepada AJK dan para peserta keputusan mesyuarat pada 17april 2009 memutuskan rombongan akan bertolak ke Labuan pada 1 mei 2009 dan kehadiran adalah wajib kepada para AJK.


Untuk pertanyaan sila hubungi


Tuan Jaffree Dangus : 0138652303.

En. Herman G Ukun : 0195811990.

Ir. Christoper Mandut :

SEPETANG DI LABUAN.

Seperti sesetengah kawan tahu saya telah ke w.p. Labuan kelmarin, sempat juga saya bertemu dengan saudara tuan kita di sana ditemani oleh saudaraku Johan atau saya panggil dia Tan(anak si Kajul) sekitar jam 3pm. Apapun biasalah nama nya suda tuan memang sibuk bersusun orang mau jumpa, time saya menunggu giliran tu datang seorang kawan (timbalan pengarah JPJ KK) jadi walaupun saya yg sampai dulu saya bagi la dia peluang dulu jumpa tuan sebab kawan. Senyum2 timbalan pengarah JPJ tu apapun ini la adatnya orang cari makan lagipun urusan saya tida penting juga cerita2 saja.

Akhirnya sampai juga giliran saya adalah dalam 40 minit saya bercerita dengan beliau macam2 la cerita kami termasuk perlantikan 4 menteri baru dan 4 timbalan menteri dari Sabah dan sempat juga saya mengatakan “harap2 la nampak perubahan di Sabah ini dengan adanya jawatan menteri penting yg dipegang oleh wakil rakyat dari Sabah” dan tuan pun adalah ulas sikit2.

Apa yg menarik perhatian saya kepada tuan ini adalah tentang keperibadian beliau kata beliau kita seharusnya ada perasaan contohnya kesihan melihat orang2 kita yg miskin, kalu bole mau saya tolong setiap orang2 yg perlu saya tolong tetapi saya tidak mampu berbuat begitu saya hanya buat setakat yg boleh saya lakukan.

Dipendekkan ceritanya akhir sekali baru la saya cakap tentang kesinambungan meeting kami yg tida berkesudahaan (deklarasi Torongsoko) nampaknya ada khabar baik tempatpun sudah ada masa dan tarikh sudah di tetapkan pada 2mei 2009 cuma minta kebenaran dari tuan setiausaha usulkan kepada para AJK… apapun semoga tiada lagi masalah berbangkit tida dapat datang dan ditangguhkan….

~apapun terima kasih la pada saudara saya Tan dan Nicky di Labuan kerana menamani dan mengurus pengangkutan dan penginapan saya sepanjang berada di sana..

I 'M PROUD TO LOSE...!!

Saya ke Maybank hari ini untuk mengeluarkan sejumlah wang di akaun ASW2020 saya. Selalunya isi borang dulu baru ambil nombor tapi hari ini terus beratur di kaunter 7. Orang cakap senyum itu sedekah sayapun senyum la dengan cashier (sumandak) saya rasa dia ni orang baru sebab saya ni dikira pelanggan tetap la di situ, dia kelihatan agak malu2 sedikit. Selepas urusan saya selesai sayapun beredar, melihat jam di handphone suda jam 1pm saya menelefon kawan dan sempat juga makan tengah hari bersama.

Saya kemudian menuju balik ke tempat kerja sekitar jam 2pm, setibanya saya di lampu isyarat UMS saya membalik2 kepingan buku akaun saya sambil berkira2 bila la dapat “claim” ni, tadi ke Likas juga jumpa kawan sambil tanya pasal claim tapi belum lagi katanya mau tunggu bos ke KL, angka2 yg tercatat dalam akaun semangkin kecil jumlahnya… tapi kali ini bila saya perhatikan sebaliknya yg terjadi angkanya berganda pula (sepatutnya berkurangan) saya berhenti di tepi jalan sebentar (berfikir la tu mau kasi balik ka tida) saya check borang.. dia bagi borang untuk masuk duit.. saya check buku sekali lagi (sah memang duit terlebih) macam tiada percaya dgn apa yg terjadi adalah dalam 5 minit saya berfikir saya call kawan yg sama2 makan tadi di cakap “jangan la ba kasi balik” macam mau2 juga saya rasa tetapi akhirnya saya mengambil keputusan saya sendiri.. saya pergi ke bank dan mengembalikan wang itu (sumandak tu berkali2 mengucapkan terima kasih dan macam mau nangis suda).

Apa yg terlintas di fikiran saya time tu..

1. kalau saya ambil ni duit apa akan terjadi dengan cashier tadi (berbulan2 gaji dia saya rasa berbandig duit yg ada tu) ada kemungkinan sesuatu yg tidak baik akan berlaku kepada dia.

2. walaupun time gawat saya (claim belum masuk) saya rasa duit tidak banyak menguntugkan/membantu saya…

3. dan saya teringat kata2 kakak saya di kg Damai “bapa banyak tolong orang2 kampung dulu sebab itu anak2 dia mau di cakap terlalu senang dalam kehidupan pun tida tetapi boleh la dibanggakan” (am’ie oh susah nga oh bule la).

Apapun saya gembira dengan keputusan yg telah saya buat setakat hari ini walaupun saya rasa sayang tu duit saya kasi balik (kawanpun telefon suda tanya apa macam malam ini mau ke mana…)

~saya teringat tentang cerita kawan saya lama dahulu yg kerja di Bank hilang 5sen mau sampai pagi diorang mencari katanya… bayangkan kalu saya tidak kasi balik tu duit rasa2 nya ada yg belum balik dari kerja hari ini.. (anyway I'm proud to lose today) kita menolak tuah hari ini tak mengapa sekurang2nya saya bule tidur lena mana tahu mimpi nombor dan jadi kaya esok… good night.. tompinai…!!!

APRIL FOOL'S DAY SAYA...!!

Saya mendapat "phone call" dari En. Tamin pegawai khas yb dato Rosnah kelmarin agar datang jika berkesempatan untuk turut menyambut kepulangan dato Rosnah di KKIA sekitar jam 9.30 pagi apapun saya datang jam 9.00pagi...


01april 2009 jam 10.15 pagi (bukan april fool) ketibaan Dato Rosnah ketua Puteri UMNO yang baru di KKIA di temani oleh suami beliau En. Fazli disambut oleh YB Dato Gulam dan para AJK puteri dan parliman kawasannya, keluarga serta rakan2 rapat...



di dahului dengan doa kesyukuran sejurus ketibaan rombongan beliau.... amin..


saya (kedua dari kiri) juga tida mau ketinggalan mau juga bergambar bersama Dato2 kita..



saya diapit oleh 2 gajah, saya macam pelanduk di tengah2...
Tamin Jainal (anak arwah cikgu Marusi/orang kita) pegawai khas dato Rosnah dan sebelah kanan Jasni/orang putih (abang Dato Rosnah)



Junaidi (adik Tamin) adik ipar C.M.
saiznya 3 kali dari badan saya sebab tu dilebih hebat segala2nya dari saya...



Sempat lagi saya bergambar bersama suami dato Rosnah.


dianggarkan lebih200 orang (sumandak2 pun ramai) termasuk kumpulan kompang dan ahli2 dari Penampang yang turut menyambut ketibaan dato Rosnah...

 

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent