SANTAI bersama MURALANG JR.

Hidupini Seperti Roda Yang Berputar Dan Dalam Perjalanan Hidupku Kini Aku Belari..!! Andai Kata Satu Hari Nanti Saya Tersungkur Ketika Saya Berlari Di Saat Ini, Saya Pasti Akan Berlari Semula Bila Saya Bangkit Kembali…!!

kinorikatan nu

email : rozanz76@tm.net.my

MI'LOM OM KONTOK OKU JACKPOT...!! MOMOLI OKU 4...!!



Bagi mereka yang meminati dunia permotoran, nama Hamann Motorsport sememangnya cukup dikenali dan megah dengan rekaan dan penalaan kenderaan berprestasi tinggi. Tidak hairan pusat talaan yang berpangkalan di German itu mendapat kepercayaan daripada pengeluar kenderaan seperti BMW, Mini, Ferrari, Porsche dan Lamborghini untuk menala kenderaan keluaran mereka. Sebuah jentera yang mendapat sentuhan Hamann ialah model kenderaan sport utiliti (SUV) coupe, BMW X6 yang digelar Tycoon.
Hasil suntikan berkenaan, BMW X6 Tycoon direka semula dan ditala sehingga menjadi sebuah jentera yang kelihatan gagah, bergaya dan paling utama, berkuasa tinggi. Dibina berdasarkan model X6 Diesel asal, Tycoon direka dan ditala dengan penuh teliti sehingga enjin xDrive35d berupaya menghamburkan kuasa maksimumnya. Dengan enjin talaan khas, sudut luarannya perlu diubah bagi menggambarkan ia adalah sebuah jentera bukan calang-calang model X6 biasa. Padanan skirting pada setiap penjuru, tayar lebih lebar dan pemecah angin belakang menjadikan X6 Hamann kelihatan lebih garang di jalan raya.
Paling mengujakan, rim bersaiz 23 inci daripada Design Edition Race Anodized menjadikan Hamann mudah dibezakan daripada model asal lain.
BMW X6 turut dijual di Malaysia dengan enjin petrol 3.0 liter menggabungkan reka bentuk SUV dan coupe sedan, sekali gus menjadi model pertama seumpamanya di dunia. Model BMW X6 didatangkan dengan teknologi pacuan semua roda xDrive pintar BMW dan menjadi kenderaan pertama di dunia yang menawarkan Kawalan Prestasi Dinamik untuk kestabilan di atas jalan serta ketepatan dan cengkaman di dalam semua situasi.

Harga atas jalan tanpa insurans varian BMW X6 xDrive35i sekitar RM698,800.

~kalu esok kena jackpot saya beli 4 (rim dia)... he he he..!!

2 comments:

  1. KaniL said...
     

    hehehe...kalau sya dpt pigang 1x pun cukup sudah bos...kokuyut po bo...hehehe

    Kalau kau bili rim dia, jgan lupa kasi pinjam 1 rim sya ahhh....keh..keh...

  2. Rozan@Muralang76jr. said...
     

    pigang bos jgn tida pigang.. ambil luck..

    bule ba kalu kau.. pinjam rim tiada tyre..

Post a Comment