SANTAI bersama MURALANG JR.

Hidupini Seperti Roda Yang Berputar Dan Dalam Perjalanan Hidupku Kini Aku Belari..!! Andai Kata Satu Hari Nanti Saya Tersungkur Ketika Saya Berlari Di Saat Ini, Saya Pasti Akan Berlari Semula Bila Saya Bangkit Kembali…!!

kinorikatan nu

email : rozanz76@tm.net.my

BENIH MALAYSIA MEREMPAT....

BATAM (Indonesia): Nikah bawah tangan. Itulah gelarannya apabila lelaki Malaysia berkahwin dengan wanita di sana menggunakan sindiket jurunikah tidak bertauliah. Kesannya, si isteri kemudian ditinggalkan begitu saja sehingga ada yang melacurkan diri dan anak pula menjadi merempat.
“Sudah lebih setahun ayah tidak pulang. Saya tidak tahu kenapa. Dulu hampir setiap minggu dia pulang berjumpa saya dan ibu,” kata kanak-kanak berusia 10 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Sulastri.
Anak tunggal itu ditemui ketika dia bersama tiga lagi kawannya merayau-rayau pada waktu malam di satu kawasan kedai makan di bandar itu.
Apabila didekati, Sulasteri terus meminta wang atau dibelikan makanan, apatah lagi apabila diketahuinya penulis orang
Malaysia.“Hidup saya dan ibu susah. Dulu ibu tak bekerja tapi kami hidup senang kerana ayah beri wang setiap kali pulang melawat kami. Sejak ayah tidak pulang, kami terpaksa berpindah ke rumah lebih kecil dan kini ibu terpaksa bekerja,” katanya.Apabila ditanya mengenai pekerjaan ibunya, Sulastri berkata dia tidak pasti, namun selepas diselidik, penulis diberitahu ibunya adalah pelacur yang beroperasi di sebuah pusat hiburan tidak jauh dari situ.
Penulis difahamkan, tiga lagi rakan bersama Sulastri pada waktu itu juga senasib dengannya anak yang ditinggalkan bapa manakala ibu menjadi pelacur sebagai jalan pintas untuk mendapatkan wang lumayan.
Timbalan Pengarah Urusan Agama Islam (Urais) Kota Batam, Drs Zulkifli, berkata selain lelaki Malaysia, ramai lelaki dari Singapura yang berkunjung ke sini berkahwin dengan wanita tempatan.
Menurutnya, statistik menunjukkan seramai 37 warga Malaysia, kebanyakannya dari Johor dan Melaka, bernikah dengan wanita tempatan mengikut saluran sah sepanjang tahun lalu, namun jumlah sebenar diyakini jauh lebih tinggi.
“Bagaimanapun, kami tidak tahu jumlah tepat kerana perkahwinan mereka tidak didaftar di Kantor Urusan Agama (pejabat agama daerah/KUA) dan Departmen Agama Kota Batam berikutan mereka bernikah menggunakan sindiket jurunikah tidak bertauliah,” katanya.
Untuk melaksanakan nikah bawah tangan atau dikenali juga sebagai nikah sirie di kalangan penduduk tempatan, prosedurnya sungguh mudah dan bayaran yang perlu disediakan kira-kira RM3,000.
Malah difahamkan, ada lelaki
Malaysia yang ‘nikah bawah tangan’ dengan wanita tempatan turut diberi sijil atau pengesahan KUA dari wilayah lain di Indonesia seperti dari Kalimantan, Jawa atau Sumatera.
Drs Zulkifli berkata, kebanyakan warga asing membabitkan
Malaysia dan Singapura lebih suka menggunakan khidmat jurunikah tidak bertauliah kerana mereka sebenarnya tidak mampu memenuhi syarat atau prosedur yang ditetapkan.

-sumber dari Harian Metro

~sekadar berkongsi imfo yg saya terbaca, sesungguhnya manusia itu punya nafsu dan punya akal fikiran maka pergunakan sebaik-baiknya kewarasan dan kelebihan yang kita ada dijalan yang benar...!! kalu tidapun (seperti kata2 lagu yg pernah saya dengar) pandai makan pandai la simpan dan seperti tajuk cerita ini Benih kita jangan di tabur merata2 tampa diambil peduli...!!! aramaitiii corita..

1 comments:

  1. Ex Starians said...
     

    lelaki tak bertanggungjawab, tinggalkan isteri merana...

Post a Comment