
"Semalam aku bermimpi... mimpi yang sedih sakali..."
Demikian la lagu yang mama saya selalu nyanyi dulu time kami masih kecil, sungguh mengasyikan dan sayu bila di dengar. Dan semalam saya telah bermimpi sedih kisah tentang x-girlfriend saya yang tidak mahu bertemu dengan saya lagi kerana dia sudah ada yang lain dan saya berkata "patut lah ko tida mau jumpa saya lagi..!! rupa2nya ko dah ada yang lain" teramatlah sedihnya bila diperlakukan sedemikin apalagi kalu dalam mimpi itu feeling habis, saya tida tahu kesudahnya keran saya tiba2 terbangun.
Tidak lama kemudian saya tertidur lagi dan saya bermimpi dalam situasi yang lain, kali ini saya bergaduh dengan kawan baik saya kerana dia membuli adik saya. Saya tahu saya bukanlah lawan untuk kawan saya ini kerana dia memang hebat kalau soal ilmu mempertahankan diri dia di kira nombor satu lah tetapi disebabkan teramat marah saya lawan juga.
Saya dengan nada yang keras sambil meluru kearahnya "kau ingat kau kuat sangat kah..!!!" sambil melepaskan satu sepakan dengan serta-merta kali ini mimpi saya juga terhenti setakat itu kerana saya menyepak dinding bersebelahan katil saya (sakit kaki saya).
Entah apa lah erti mimpi saya itu ada sesetengah orang berpendapat mimpi adalah permainan tidur dan ada juga yang mengatakan mimpi adalah satu tanda kepada perkara yang akan kita tempuhi nanti. Apapun semoga mimpi saya itu tidak membawa sebarang kemudaratan atau membawa kepada perkara2 yang buruk melainkan satu kebaikan.
# Saya jarang-jarang mimpi ni, membuatkan saya tertanya2 apa maksud dalam mimpi saya itu... takut juga saya kalu2 berlaku hal2 yang tidak baik..
Posted on 9:58 PM
Lama betul sudah saya tidak melawat sulap ini habuk di lantaipun sudah menebal, rumput2 pun sudah panjang (lama sudah tidak di trim)... maklum je la orang yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan malam tidur simpan tenaga utk esok hari, kalu dulu seronok berblog hampir hari2 di depan komputer rangsangan dari pemimpin kita dan menyokong seruhan beliau selaku menteri sains.. Apapun terlalu banyak hal2 yang berlaku selama saya menjarakkan diri sedikit dari komputer (bukan hilang terus cuma kurang ber FB/ blog) diantaranya pesta Kaamatan baru2 ini. Sememangnya satu kejayaan yg besar kepada bangsa Kimaragang kerana buat julung2 kalinya membuat penampilan di temasya Kaamatan di KDCA baru2 ini walaupum terdapat kekurangan dari segi susunan aturcara namun amat membanggakan kerana bermulanya sejarah kemunculan Kimaragang sebagai satu bangsa yang majoritinya di Tandek kota Marudu dan tidak keterlaluan jika saya katakan sebagai penyumbang utama kedudukan kukuh PBS di Kota Marudu selaku parti masyarakan Kadazan Dusun.
Dan atas kapasiti itu la mungkin kita boleh minta jasa baik "dato seri" kita yang kita kasihi agar memohon bagi pihak masyarakat Kimaragang diadakan "sulap" untuk Kimaragang N5 Tandek amnya dan soal kos membena sulap rasanya tiada masalah kerana Kimaragang sememangnya terkenal dengan sikap gotong-royong dan dermawan orang2nya yang penting lot ada agar tidak timbul dimana tempat yang sesuai untuk Kimaragang pada tamasya2 yang akan datang. Kerana kami juga ingin bersama2 rumpun KDCA yang lain maju bersama kehadapan sejajar dgn 1 Malaysia dan sama-sama 1 dalam KDCA.
.


Batu sumpah yang terletak di depan bangunan pejabat Daerah Keningau. Ramai penduduk tempatan juga tidak tahu akan kewujudan batu sumpah ini... Ada kawan cakap memang rugi apabila tempat atau batu bersejarah seperti ini tidak dilawati atau tidak diketahui oleh orang-orang Sabah...
Apapun saya sendiri tidak tahu akan kewujudannya malah kalau bukan secara kebetulan saya juga tida tahu akan kewujudannya, pemimpin kita juga saya percaya ada yg sudah lupa akan janji ikrar ini yg mana tanah2 dalam negeri Sabah adalah hak Kerajaan Sabah dan seharusnya menjadi milik rakyat Sabah, bukannya menjadi hak orang2 luar yang merampas hak2 pemilikan tanah orang2 Sabah.
Disebalik kesetiaan rakyat Sabah kepada kerajaan Malaysia seharusnya 3 perkara yg tertulis di batu sumpah itu seharusnya menjadi pertimbangan kerajaan pusat sebagai imbalan kepada kesetian rakyat Sabah selama ini. Apapun semoga apa yg di janjikan kerajaan sebagai 1Malaysia "rakyat di dahulukan, pencapayan di utamakan" tidak akan tersasar dari objektif yg asal dan mengambil kira apapun yg seharusnya menjadi hak rakyat Sabah.
"Sabah untuk Rakyat Sabah"
.
Posted on 10:10 PM
Labels:
Info
Kejadian yang berlaku di Indonasia, sebuah syarikat pengeluar rokok bersetuju untuk membiayai kos perubatan seorang perokok yang kehilangan 6 batang giginya selepas menghisap rokok yang tiba2 meletup. Apapun syarikat rokok tersebut berbuat demikin sebagai jalan penyelasaian di luar makamah dan atas dasar persahabatan kata jurucakap bagi syarikat tersebut. Dan berikutan kejadi itu perokok tersebut nekad untuk terus berhenti dari merokok.
Punca sebenar kejadian tersebut belum di ketahui dan masih dalam sisatan, walaubagaimanapun ada pihak yang membuat andaian yang perbuat tersebut di lakukan oleh orang2 yang terdekat kepada pihak mangsa bagi mendorong si mangsa untuk berhenti dari merokok..
.
Perbuatan membakar rumah2 ibadat sama ada gereja atau surau/masjid pada pendapat saya adalah perbuatan orang2 yang tidak bermoral, pendek akal dan kurang siuman (dan mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan sebagai bodoh) walhal perbuatan sedemikian belum tentu mereka2 yang terbabit direstuai atau dijanjikan syurga/mendapat pahala dari NYA...
dan tidak timbul soal siapa yang memulakannya kerana siapa yang melakukan pastinya bersalah atau jika sebab belas dendam pastinya perbuat sedemikin ditegah dalam mana2 agama.
~Apapun saya secara peribadi inginkan keamanan, menjadi sahabat dan saudara kepada sesiapapun.. "peace" sesungguh bukankah itu yang lebih baik..??!!
# sama2 kita membudayakan semangat 1 Malaysia, 1 for all and all for 1.
.

Pagi ini saya mendapat sms dari kakak saya dari Tandek yg membatalkan perjalan mereka ke Kota Kinabalu. Hujan di khabarkan tidak berhenti sejak kelmarin dan jalan dari Damai ke Kota Marudu tidak dapat dilalui penduduk2 di daerah Tandek amnya terpaksa membatalkan perjalanan ke Kota Marudu. Di khabarkan juga saudara yg lain dari Pitas dan sekitarnya terpaksa berpatah balik, rakan2 yg berada di Kota Kinabalu mau pulang ke Tandek terpaksa bermalam di pekan KM dulu dan pagi ini masih ramai yg membatalkan perjalan Kk ke Km kerana masalah ini (balikpun tida guna tida dapat pulang rumah), mama saya di Talantang terpaksa la cuti2 Malaysia dulu sambil mengalami suasana banjir di sana, saya yg mau pulang terpaksa tunggu berita dari kawan2 keadaan di sana dan bapa saya suda pasti mau berakit dulu la kalu mau ke Tandek hari ini. Petani-petani di Talantang tida tau la nasib mereka seperti yg kita sedia makluam dengan permasalaan mereka sebelum ini.
Hal yg sedemikin suda sekian lama berlarutan dan bagi kebanyakan saudara2 di Tandek suda biasa dengan keadaan demikian serta suda jemu dengan penjelasan dari pihak2 terbabit. Dan apa yg disuarakan oleh sahabat2 dari SAM sememangnya jelas pihak yg bertanggung jawab harus mencari jalan penyelasaian, spt perumpamaan saudara Umar"sediakan bidan sebelum beranak sediakan payung sebelum hujan" dan penduduk Tandek di wilayah Kimaragang amnya berhak untuk mendapat belaan dengan permasalaan yg kerap berulang.
note: saya amat2 bersetuju dgn cadangan ini.
~http://marudubloggers.blogspot.com/2010/01/cadangan-pengurusan-banjir-di-kota.html.
.
Posted on 10:00 AM
Merry xmas n happy new year, may everything goes well n joy for us & family next year 2010 till 4ever...

Sudah sekian lama sibuk dgn beberapa perkara termasuk hari pelancaran dan konvoi kini terasa ingin berehat sebentar sehingga penghujung tahun ini kalu di izinkan, sambil itu teringin la pula tengok2 email chet dgn kawan2.. dalam pada itu saya begitu tertarik dengan kiriman yg ini, apapun kalu ini adalah nasihat utk saya, saya sedia menerimanya dan terima kasih.
(dari seseorang)
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
.
Posted on 7:44 PM
Labels:
Info

"Konvoi 1 KIMARAGANG 1 Malaysia" telah di putuskan dan akan diadakan pada 05dec.2009 bermula di dewan Kota Marudu seawal jam 7.30pagi, mengelilingi wilaya kimaragang dan berakhir di pekan Tandek. Pengisian aktiviti menyampaikan kad jemputan ke setiap kampung yg di lalui, sesi bergambar di dataran Bengkoka dan ucapan amanat dari penasihat Pertubuhan Kimaragan malaysia di penamat konvoi nanti....
Kumpulan yang di rancang: Barisan hadapan kumpulan bermotosikal disusuli dengan kumpulan kereta (semua jenis kereta termasuk 4x4). konvoi bertujuan bagi mempromosikan hari sambutan Pertubuhan Kimaragan malaysia (di kg Masolog pada 13hb dec 2009) dan memupuk perpaduan dan jati diri dikalangan belia/masyarakat kimaragang... sejajar dengan selogan "TRANFORMASI KIMARAGANG"
untuk keterangan lanjut aktiviti sila hubungi (pengerusi pelaksana) Rozan Zulkifle 0128363869, Charles (marshal konvoi) 0198000196 dan tn. Jeffree (S.U Kimaragang) 0135548022.
"Konvoi 1 KIMARAGANG 1 Malaysia"
.
Posted on 7:37 PM
Labels:
Info
Perkataan "tranformsi" lahir daripada kesedaran bahawa kaum Kimaragang haruslah membuat perubahan dari segi sosial ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Justeru itu melalui konvoi kita ini kita boleh memperomosikan mesej kesedaran minda ini kepada kaum Kimaragang khasnya, seperti juga kerajaan yang giat mempromosikan 1 Malaysia melalui media tetapi kita tiada saluran luas, maka PertubuhanKimaragang Malaysia mempromosikan perubahan minda kita melalui konvoi ini.. Ini cuma promosi sahaja dan kita akan susuli melalui seminar, bengkel dan sebagainya untuk mempertingkatkan martabat kaum kita Kimaragang dari semua segi dari semasa ke semasa dan fasa demi fasa.
~Pertubuhan Kimaragang Malaysia.
.
Posted on 7:36 PM
Labels:
Info
"Konvoi Transformasi Kimaragang 2009" telah di cadangkan dan diadakan pada 05dec.2009 bermula di dataran Bengkoka seawal jam 8pagi, mengelilingi wilaya kimaragang dan berakhir di pekan Tandek segala perubahan tarikh dan masa akan di beritahu kemudian jika keadaan tidak mengizinkan....
Aktiviti yang di rancang: Barisan hadapan kumpulan bermotosikal disusuli dengan kumpulan kereta (semua jenis kereta termasuk 4x4). konvoi bertujuan bagi memupuk perpaduan dan jati diri dikalangan belia/masyarakat kimaragang... sejajar dengan selogan "TRANFORMASI KIMARAGANG"
untuk keterangan lanjut penyertaan sila hubungi (Ajk pelaksana) Rozan Zulkifle 0128363869, Azlee Makibin o198712400, Hairon Jackson 0138724063.
"KONVOI TRANFORMASI KIMARAGANG 2009"