Hidupini Seperti Roda Yang Berputar Dan Dalam Perjalanan Hidupku Kini Aku Belari..!! Andai Kata Satu Hari Nanti Saya Tersungkur Ketika Saya Berlari Di Saat Ini, Saya Pasti Akan Berlari Semula Bila Saya Bangkit Kembali…!!
Batu sumpah yang terletak di depan bangunan pejabat Daerah Keningau. Ramai penduduk tempatan juga tidak tahu akan kewujudan batu sumpah ini... Ada kawan cakap memang rugi apabila tempat atau batu bersejarah seperti ini tidak dilawati atau tidak diketahui oleh orang-orang Sabah...
Apapun saya sendiri tidak tahu akan kewujudannya malah kalau bukan secara kebetulan saya juga tida tahu akan kewujudannya, pemimpin kita juga saya percaya ada yg sudah lupa akan janji ikrar ini yg mana tanah2 dalam negeri Sabah adalah hak Kerajaan Sabah dan seharusnya menjadi milik rakyat Sabah, bukannya menjadi hak orang2 luar yang merampas hak2 pemilikan tanah orang2 Sabah.
Disebalik kesetiaan rakyat Sabah kepada kerajaan Malaysia seharusnya 3 perkara yg tertulis di batu sumpah itu seharusnya menjadi pertimbangan kerajaan pusat sebagai imbalan kepada kesetian rakyat Sabah selama ini. Apapun semoga apa yg di janjikan kerajaan sebagai 1Malaysia "rakyat di dahulukan, pencapayan di utamakan" tidak akan tersasar dari objektif yg asal dan mengambil kira apapun yg seharusnya menjadi hak rakyat Sabah.
Berdasarkan kepada resolusi seminar kepimpinan Kimaragang yang diadakan pada 29.08.2009, satu deklarasi penting bagi bangsa Kimaragang telah dirangka. Deklarasi itu dikenali sebagai Deklarasi Trongsoko adalah dijadikan asas untuk menetapkan halatuju perjuangan bangsa Kimragang.
Bagi memudahkan perlaksanaan deklarasi penting itu, sebuah pertubuhan. Melalui mesyuarat Jawatankuasa Perlaksana Deklarasi Trongsoko di Wilayah Persekutuan Labuan dalam bulan 1-3 Mei 2009, Pertubuhan Kimaragang diasaskan.
Pertubuhan Kimaragang Malaysia diluluskan Sijil pendaftaran pada 10 September, 2009
Definisi
Pertubuhan Kimaragang Malaysia ialah pertubuhan sukarela bertaraf nasional yang diasaskan oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan dan swasta yang memperjuangkan keperluan bangsa secara menyeluruh supaya bangsa ini menjadi bangsa yang majul
Prinsip-prinsip
Kebangsaan Kimaragang
Internasionalisme Kimaragang
Permuafakatan dan perwakilan Kimaragang
Kesetiaan Kimaragang
Kesejahteraan Kimaragang
Nilai-nilai Utama
Kreativiti, Inovasi, dan Produktiviti
Piagam Pelanggan
Memudahcara perolehan keperluan Kimaragang
Slogan
Transformasi
Visi
Bangsa Kimaragang bersatupadu, maju dan menarik
i.Bersatupadu membawa makna bahawa semua lapisan masyarakat terutamanya golongan terpelajar, bijak pandai dan pegawai kerajaan bersatupadu berfikir dan bertindak bagi kemajuan bangsa ini.
ii.Maju pula membawa makna bangsa Kimaragang menikmati kemajuan dari semua aspek seperti infrastruktur, pendidikan, kesihatan, politik, pertanian, kebudayaan, kesenian, dan pelancongan.
iii.Menarik membawa maksud dunia mengiktiraf keunikan-keunikan bangsa Kimaragang.
Misi
Memberi perkhidmatan mewujudkan mekanisma-mekanisma pengurusan bangsa Kimaragang.
Mengekalkan warisan bangsa Kimaragang
Melakukan penyelidikan dan pembangunan bangsa Kimaragang
Menganjurkan latihan dan pembangunan bangsa Kimarangang
Memudahcara perolehan keperluan-keperluan bangsa Kimaragang
Meningkatkan imej bangsa Kimaragang
Membangunkan kepimpinan bangsa Kimaragang
Matlamat Utama
Mengukuhkan persefahaman dan persaudaraan bangsa Kimaragang kearah kemakmuran Malaysia
Melahirkan usahawan bangsa Kimaragang yang berdaya saing untuk menyumbang kepada ekonomi Negara
Mempertahankan warisan bangsa Kimaragang untuk kepentingan generasi akan datang
Mengangkat bangsa Kimaragang ke tahap minda kelas pertama supaya dapat bersaing dalam arus perdana pembangunan Negara.
Fungsi
Penentuan halatuju Bangsa Kimaragang
Perpaduan bangsa Kimaragang
Fokus Perjuangan Semasa
Memperkasakan bangsa Kimaragang
Penggerak-penggerak Utama Semasa
Penasihat: Y. Bhg Tuan Abdul Latiff Kandok
Presiden: Haji Janathan Kandok
Timbalan Presiden: Dr. Jurin Gunsalam
Naib Presiden: Jason Majimal
Setausaha: Jafree Dangus
Bendahari: Rozan Zulkifle
Penolong Setiausaha: Jairon Maiba
AJK:
i.Christopher Mandut
ii.Johan Jonathan Kajul
iii.Rhonny Dominik
iv.Azlee Makibin
v.Hairon Jackson
vi.David Meja
vii.Herman Ukon
viii.Guss Kambuyuan
Pendekatan mencapai visi
Pembangunan bangsa Kimaragang terancang dan berkesinambungan
Proses
Menganalisis persekitaran
Menganalisis dalaman
Menterjemaah analisis dalam bentuk pelan strategik bangsa Kimaragang
Melaksana pelan strategik
Mengawal perlaksanaan pelan strategik
Menilai pencapaian pelan strategik
Mekanisme pentadbiran
i.Mekanisme dalaman
1.Mesyuarat Agong
2.Mesyuarat Agong Luar Biasa
3.Mesyuarat bulanan Majlis tertinggi
4.Mesyuarat Jawatankuasa Kecil
5.Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana
ii.Mekanisme Perhubungan Awam
1.Blog-Blog Kimaragang
2.Website Kimaragang
3.Akhbar Kimaragang
4.Sidang media
5.Kunjungan hormat
6.Majlis-majlis sosial
kepentingan
Mengangkat pemikiran bijak pandai bangsa Kimaragang yang berorientasikan tranformasi sebagai perjuangan untuk kepentingan Negara.
kumpulan sasar
Seluruh bangsa Kimaragang di Malaysia
Lain-lain Maklumat
Keahlian
i.Terbuka kepada warganegara Malaysia bangsa Kimaragang berumur 18 tahun dan ke atas
Kimaragang
i.Kimaragang adalah merujuk kepada bangsa Kimaragang dari sub-etnik Dusun yang sebahagian besar mendiami Tandek dan Pitas. Dianggarkan berjumlah sekitar 100,000 orang
Penutup
Pertubuhan Kimaragang Malaysia mempunyai sistem, pemimpin, focus, dan pejuang yang tepat yang boleh mengangkat martabat bangsa Kimaragang.
GAMBAR KENANGAN KETIKA MENGHADAP SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG. KAPTEN MOHD RIZAM ZULKIFLE, SAYA DAN MAMA (SELAKU KELUARGA DARI SABAH BERPELUANG TURUT SAMA UNTUK MAJLIS SANTAPAN DIRAJA)