SANTAI bersama MURALANG JR.

Hidupini Seperti Roda Yang Berputar Dan Dalam Perjalanan Hidupku Kini Aku Belari..!! Andai Kata Satu Hari Nanti Saya Tersungkur Ketika Saya Berlari Di Saat Ini, Saya Pasti Akan Berlari Semula Bila Saya Bangkit Kembali…!!

kinorikatan nu

free counter

email : rozanz76@tm.net.my

AMARAN BERJAGA-JAGA.

SuperTyphoon Parma yang lebih kuat dari ribut Ketsana dijangka melanda utara Filipina bermula tengah malam ini dengan kelajuan 185km sejam, tempiasnya mungkin singgah di tempat kita terutamanya pantai barat Sabah. Sila sebarkan dan sentiasa ikuti berita semasa di radio, tv dan internet... Peringatan penting dari pihak keselamatan....








.

KIMARAGANG 1 MALAYSIA...





Tahniah kepada Pertubuhan Kimaragang Malaysia (KIMARAGANG) kerana berjaya mendapat kelulusan ROS lebih awal dari yang di jangkakan. Tahniah juga kepada barisan AJK yang berusaha bersungguh sehingga lulusnya Pertubuhan ini dan marilah kita berusaha pula untuk memertabatkan kaum kita Kimaragang dimanapun kita berada Khususnya di Malaysia.. keseluruhanya syabas kerana KIMARAGANG (Pertubuhan Kimaragang Malaysia) secara tidak langsung terlebih dahulu menyahut saranan kerajaan kita dengan selogan 1 Malaysia ...



"Sintor Noh Ki Om Mi Iso Tokow"



nota: Pertubuhan Kimaragang Malaysia atau KIMARAGANG (di sebut sebagai KIMARAGANG sahaja bukan PKM.








.

SELAMAT HARI RAYA...

Selamat hari raya maaf zahir & batin, semoga Allah kurniakan kita reziki & kesihatan yg baik & tahun ini membawa kejayaan yang besar kepada kita semua.. amin...

daripada.

Rozan & keluarga...






.

PERHATIAN KEPADA AJK KIMARAGANG..

Tuan,

Pendaftaran Pertubuhan Kimaragang Malaysia (KIMARAGANG) telah lulus. Kita akan bermesyuarat bagi membincangkan hari peresmian, pembukaan akaun, fund rising, press release dan hal-hal lain pada 03/10/09 di Kota Kinabalu (tempat akan dimaklumkan). Surat jemputan Mesyuarat telah diemailkan kepada tuan2.


Sekian.

Setiausaha.
Pertubuhan Kimaragan Malaysia (KIMARAGANG).






.

PERTUBUHAN KIMARAGANG MALAYSIA.


Selaras dengan hasrat dan harapan kaum Kimaragang, satu resolusi telah dicapai iaitu menubuhkan sebuah pertubuhan baru yang menjadi payung dan wadah perjuangan bagi semua kaum Kimaragang tidak kira dimana pun mereka berada di Malaysia yg berlangsung di Labuan pada bulan mei 2009.. Dan impian serta harapan ini mungkin menjadi kenyataan tidak lama lagi.... PERTUBUHAN KIMARAGANG MALAYSIA akan mendapat pengiktirafan (sebagai satu Pertubuhan yg menjadi titik pertemua semua masyarakat kaum Kimaragang) dalam masa terdekat... Apapun kita sama2 nantikan dan bagi semua pihak yang terlibat berkat usaha gigih dan kesepakatan tahniah diucapkan kerana usaha murni kita itu tidak sia2, jika di izinkan Tuhan KIMARAGANG sah berdaftar dalam masa terdakat ini...

TIADA YG LEBIH BAIK DARI SATU,
TIADA YG LEBIH HEBAT DARI BERSATU,



.

POSTING YANG DATANGNYA DARI SEORANG SAHABAT...!!!

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

Semakin banyak Anda berbicara tentang diri sendiri, semakin banyak pula kemungkinan untuk Anda berbohong.

Jika Anda tidak bisa menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik.

Seorang teman sejati akan membuat Anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahasianya dan mengingat Anda dalam doa-doanya.

Senyum tidak hanya akan menampilkan wajah yang cerah, namun juga menghangatkan jiwa.

Cinta itu angkuh dan lembut. Lebih baik memiliki cinta daripada memiliki semua bintang di langit.

Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana kita hidup.

Nasihat yang baik tidak pernah datang terlambat.

Anda cuma bisa hidup sekali saja didunia ini, tetapi jika anda hidup dengan benar, sekali saja sudah cukup.

Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

Jika Anda tidak memulai hari ini dengan senyuman, belum terlambat untuk mencobanya pada hari esok.

Persahabatan sejati layaknya kesehatan, nilainya baru kita sadari setelah kita kehilangannya

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah

Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Karena semua manusia itu baik kalau kita bisa melihat
kebaikannya dan menyenangkan kalau kita bisa melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak bisa melihat keduanya.

Tak seorang pun sempurna. Mereka yang mau belajar dari kesalahan adalah bijak. Menyedihkan melihat orang berkeras bahwa mereka benar meskipun terbukti salah

Bila Kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk masa lalu dan kekhawatiran untuk masa depan, kita tak memiliki hari ini untuk kita syukuri.

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
(Khalifah Abdul MAlik bin Marwan)

Sesungguhnya sebagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara.
Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, karena jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) niscaya tumbuh sebagiannya

Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu.
Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.
Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal.
Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut.

Kebahagiaan takkan pernah bisa dibeli dengan wang


~ "JIKA ANDA INGINKAN YANG BAIK DAPATKAH ANDA BEZAKAN SIAPA YG JAHAT DAN SIAPA YG BAIK" dan jika kita setia dan telah berkorban kepada seseorang sahabat namun kita akhirnya diperlekehkan (dikutuk demi mendapat simpati orang lain) walaupun persahabatan itu kekal nilai kesetian serta kepercayaan itu pasti mula terhakis.

Sesungguh sesuatu yg menguntungkan jika terlintas difikiran kita untuk memohon maaf jika melakukan kesilapan tampa melihat siapa yg tinggi dan siapa yg rendah...



.

BENAR ATAU TIDAK KAU FIKIR LAH BA SENDIRI...

Diam diri tidak semestinya tak tahu, membisu tidak semestinya bisu,
Lembut tidak semestinya lemah, keras tidak semestinya kuat,
Megah tidak semestinya teguh, ramai tidak semestinya utuh,
Kurang tidak bererti sedikit, Lebih tidak semestinya banyak,
Sakit tidak bererti pedih... Ceria tidak semestinya sehat...
sedih tidak bererti pilu... Gembira tidak bererti jaya,
Karam tidak semetinya lemas, hanyut tidak bererti hilang,
Benar tidak semestinya sahih... Jujur tak bererti tulus...


~Sesungguhnya kehidupan itu sesuatu rumit tidak semestinya yang jelas adalah benar, yang nyata itulah kebenaran... melainkan semua yang ada telahpun di setkan seperti sebuah perisian apapun kadang2 perisianpun memberi banyak percangahan dari apa yang kita inginkan..

# sekadar satu cetusan pendapat... ha ha ha...



.

Manusia Terpantas Di Muka Bumi.




Atlet Jamaica, Usain Bolt memecah rekod dunia acara pecut 100 meter milik atlet senegara, Asafa Powell dengan kepantasan baru 9.72 saat pada kejohanan sukan di New York 30 mei yang lalu dan yang terbaru beliau sekali lagi dinobatkan sebagai jaguh pecut dunia dengan cetatan 9.58 saat di kejohanan dunia di Berlin.

.

9 alasan yang mungkin Beng Hock bunuh diri

Persoalan tentang punca kematian Teoh Beng Hock yang jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam, Shah Alam, lebih sebulan lalu hampir terungkai apabila dua pakar patologi sependapat bahawa Setiausaha Politik Exco Selangor itu telah membunuh diri.

Sebagaimana Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik, dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang: Pakar Patologi Forensik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), turut menolak teori Beng Hock dibunuh atau terjatuh secara tidak sengaja.

Dalam keterangan minggu lalu, Dr yang melakukan bedah siasat atas permintaan ahli keluarga Beng Hock turut memberi sembilan alasan mengapa beliau berpendapat bahawa saksi kes siasatan berhubung penyalahgunaan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor itu lebih cenderung membunuh diri;

1. Kesan-kesan kecederaan fizikal dan dalaman yang selari disebabkan jatuh dari tempat tinggi.

2. Kesan kecederaan pada bahagian bawah kanan badan terutama keretakan pada tulang-tulang panjang menunjukkan kesan bertahan atau cuba melindungi (otot-otot dikeraskan semasa jatuh yang menyebabkan keretakan pada tulang-tulang panjang).

3. Kesan koyakan pada bahagian punggung dan bahagian alat kelamin pada seluar yang dipakai Beng Hock berlaku berikutan regangan yang kuat disebabkan kesan impak semasa jatuh.

4. Paras birai tingkap yang melepasi pusat graviti badan manusia serta lantai yang ditutupi permaidani menunjukkan tidak mungkin berlaku kemalangan seperti tergelincir dan terjatuh dari tingkap.

5. Kesan comot pada bahagian tepi tingkap selain kesan garisan birai tingkap sepanjang 3 milimeter pada tapak kasut yang menunjukkan kemungkinan Beng Hock memijak birai tingkap dalam keadaan mencangkung sebelum terjun.

6. Ujian toksikologi yang negatif menunjukkan Beng Hock tidak di bawah pengaruh dadah, ubat-ubatan atau alkohol.

7. Tiada kesan lemas atau gigitan pada lidah yang biasanya berlaku dalam kes-kes pergelutan.

8. Tiada kesan kecederaan akibat mempertahankan diri.

9. Tiada kesan-kesan kecederaan akibat cuba melawan.

''Sebab kematian yang paling ketara dalam kes ini, pada pendapat saya adalah bunuh diri,'' kata Dr. yang berpengalaman 10 tahun dan pernah menjalankan lebih 3,000 bedah siasat.

Bagaimanapun, beliau mengaku tidak berhak untuk mengatakan sama ada Beng Hock mempunyai alasan untuk membunuh diri.



.

HARI YG MENYAKITKAN HATI...

Hari ini saya saya ke Public bank Inanam , Saya memberhentikan kereta sebentar untuk menungguh kereta di depan keluar dan rasa2 mau masuk di parking la konon.. tiba-tiba sebuah kereta MB berwarna biru meluruh di depan saya dari arah bertentangan dan masuk dgn selamba dan buat2 tida tahu, mahu saja saya terajang dia nasib la kita ini dikurniakan dengan akal fikiran agar berbuat sesuatu yg lebih menguntungkan dari pada kerja menarajang.. terkeluar dari mulut saya time dalam kereta "mantang2 la kau naik MB suka2 hati kau saja, orang yang mati2 tunggu..."
sekaligus mengingatkan saya kepada satu peristiwa lama dahulu, orang ini artis la katakan lagi2 baru juga dicalonkan sebagai YB tapi kalah, hal yang lebih kurang pasal parking kereta, saya sedang menungguh parking masuk tiba2 sebuah kereta kelisa jauh dihadapan mengundur dan cuba masuk parking di depan saya.. saya tida bagi chance saya masuk (parking saya bah...) tiba2 keluar 1 orang pendik2 tagap dan berkata "hoi...!!! ada otak kah!!!" sambil menonjol kepala sendiri.. saya diam saja tapi dalam hati macam bom atom (nasib tidak meletup) terlintas di fikiran saya "tiada apa bagi lah chance org bodoh ni tunjuk lagak mantang2 dapat jadi calon tapi kalah, ketua menteri pun tida layan saya macam ini..."
sebelum itu saya adalah diantara peminat setia beliau lepas itu tida lagi, time saya datang ke "open house" dato Gulam saya ada terjumpa orang itu tapi saya buat tida tahu saja...

~kadang2 kita manusia bila suda di satu tahap seolah2 kita saja yg betul dan kau lah punya segalah2nya, kita yang salahpun kita buat2 kita betul.. apapun tepuk dada tanya selera ataupun kau fikir la bah sendiri...
sesungguhnya kita adalah sama2 insan biasa yang membezakan cuma nasib di pihak kita atau tidak.. tetapi distinasi tetap sama pada akhirnya. Pandai2 la kita pilih kita sama2 dikurniakan akal fikiran.

"harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama".



.

ADIKKU BERADA DI PORLAND


Gliwice, Katowice, Porland


kapten Mohd Rizam adik lelaki saya yang bongsu beliau seorang yg periang dan suka berjenaka kini berada di Porland lokasinya pun susah nak di sebut.. 1st time saya mendapat email dari beliau (Oboi, Galiwice, PL) saya ingatkan beliau bergurau dgn saya memandangkan mendiang nenek kami selalu memangil beliau dgn nama timang-timangan "galawis" time kecil2 dulu (Oboi tu nama manja dia).. apapun mungkin ini satu kebetulan kerana "galawis" itu adalah perkataan dusun yg membawa maksud sesuatu yang tirus atau tajam bucunya dan Gliwice saya tida dapat pastikan (yg pasti nama tempat di sana).. memang di luar jangkan saya memandangkan saya bukan tahu sangat tempat2 di Porland apalagi melawat lokasinya.. he he he...

Beliau di jangka akan pulang ke tanahair 19sept 2009. Apapun kami sekeluarga mendoakan semoga beliau success dan sehat serta pulang membawa kejayaan selaras dgn objektif beliau di hantar kesana... Amin...
 

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent