Hidupini Seperti Roda Yang Berputar Dan Dalam Perjalanan Hidupku Kini Aku Belari..!! Andai Kata Satu Hari Nanti Saya Tersungkur Ketika Saya Berlari Di Saat Ini, Saya Pasti Akan Berlari Semula Bila Saya Bangkit Kembali…!!
Sejak kebelakangan ini adalah dua tiga kes wakilrakyat meninggal dunia termasuk yg terkini di bahagian pantai timur semananjung Malaysia yg diberitakan mengalami masalah jantung. Sudah tiba masa agaknya kerajaan perlu menguat kuasakan saringan kesihatan di tahap maksima keatas bakal2 wakil rakyat yg ingin menjadi calon pada masa akan datang dan mungkin juga peringatan kepada wakil2 rakyat yg suda sekian lama dan agak ujur serta kesihatan tidak begitu mengizinkan untuk memikirkan menyerahkan kepada orang yg lebih sehat dan bertenaga serta berwibawa dan memikirkan jalan terbaik untuk utamakan kesihatan diri barulah memikirkan untuk menjadi wakil rakyat kerana membazir wang rakyat, menyusahkan dan merimaskan balik2 pilihanraya.
Kerja mentadbir dan mewakili rakyat itu sesuatu yg amat berat dan bukan sekadar menghabiskan masa untuk bercuti sakit dan jalan terbaik atau batu loncatan untuk mendapat rawatan istemewah di mana-mana hospital atau klinik.
~Apapun inihanya la sekadar pendapat dan ulasan hasil dari meeting di kedai kopi dan saya sedang memikirkan akan kebenaranya dan mungkin bole la kita timbang2kan seandainya ingin jadi pemimpin suatu masa kelak… he he he…. ajal maut di tangan tuhan tapi kalu rasa2 tida sehat tu pandai2 la..
# Awal oku boh gima minosik b’noi om awal oku sid kadai kupi, minangangt ih Kanil kosodi do mamain badminton nga amu oku nokolombus (moki maaf k Bos), naka janji oku dara nga kebutulan siti ih KP menonogruang oku dirih di’loh lagipun waroh oh bincangon ku di tuan. Sabab doh nabatal it program ku kosodi minumbal oku d’rih mongoi mongo rimbas silo id Lintas om waroh iti tongo kinoruangan doh mesorita pasal doh waroh kembagu oh Yb napatai sid samananjung om iti no “lebih kurang” it sorita di aloh….
Saya di lahir di kalangan masyarakat dusun Kimaragang dan menjadi anak2 serta pewaris bangsa Kimaragang. Hidup dan membesar di daerah Tandek yg serba kekurangan kalau time dulu2 (hero lumba kerbau dan lumba basikal 26/28 kalu di kampung saya) bole la dikatakan dibesarkan dengan usaha menanam padi, sawah padi yg di usahakan oleh si Guss sekarang (jalan ke rumah nenek Mojingkin) menjadi saksi dimana kami satu ketika dahulu membantu mama ‘mongoguring’ atau bila tiba menuai padi menabit (atau pun yg pakai langaman tu tida tau apa di panggil) o’ngo pigis mari oh tunturu kih. Apapun hari ini saya percaya emak dan bapa bole mendabik dada dengan pencapaian anak2 mereka. Jika di bandingkan antara kami bertiga anak lelaki (cawangan si bapa di Talantang) memang saya yg terbelakang (tidak paya la di sebut mengapa sb bikin malu saja) apapun sesuatu yg menjadi kebanggaan saya ialah saya anak kimaragang, anak hj. Zulkifle @Muralang Majun. (bukan meninggi diri) kalu di buang di daerah manapun di Sabah tidak akan mati kebulur kerana saya ada semangat dan diasuh untuk berdikari oleh orang tua saya.
Hari ini 18 mei.2009 saya amat berbangga lagi kerana di beri kepercayaan oleh rakan-rakan saya terutamanya tn hj Jonathan, tn Jefree, Christoper mandut, tn Abdl Lattif dan rakan-rakan lain (maaf ki tidak di sebut semua) utk menyampaikan permohonan kepada R.O.S. sebagai PERTUBUHAN KIMARAGANG MALAYSIA (KIMARAGAN). Apapun ini adalah langkah permulaan langkah seturusnya adalah tanggung jawap kita semua (KP diminta la follow up juga kalu bukan dia tida bole jalan tu). Sesuatu yg tetap menjadi ingatan saya ketika ucapan akhir bapa saya time deklarsi Torongsoko“saya ibarat membuka tanah dan merantis tanah, anak2 dan cucu2 saya ini adalah pewaris dan penyambung kepada usaha saya”.. apa yg saya rasakan sekarang adalah saya seperti diri bapa saya “saya sudah memulakan dengan mendaftarkan Persatuan kita atas bantuan dan Usaha2 besar rakan2 dan saudara2 saya, dan saya minta pula saudara2 saya membuat kesinambungannya untuk membangunkan Persatuan kita”
# ulasan tn Jon tadi sebelum ke Johor (saya jumpa minta sign) saya mulakan ini untuk anak2 bangsa saya dan pandai2 la kamu mengaturnya saya hanya AJK penaja.
# 14mei.2009 yg menjadi pendorong saya (dari tn. Pengerusi) yg lama itu mendraf perlambagaan dan yg menghantari itu seharusnya cepat jadi (saya hanya tukang hantar seharusnya cepat).
# saya secara peribadi jika ada perjumpaan atau meeting saya jadi tukang hidang bagi2 minumanpun tida apa yg penting saya ada menyumbang sesuatu untuk bangsa saya.
~ sesungguh saya adalah insan biasa dan orang Kimaragang, saya mewakilkan diri saya untuk rakan2 dan saudara2 atas usaha mereka yg di pandangan sinis (tida tau dia orang setuju ka tida saya jadi wakil) dan kepada satu pertanyaan, apapun yg tersilap dan menyinggung perasaan orang lain adalah dari saya dan bukan dari sesiapa..
Selepas mesyuarat kemajuan deklarasi Torongsoko yg berlansung di W.P Labuan selain dari mempublish gambar2 yg saya sempat ambil di Labuan lama betul saya tinggalkan sulap saya ini.. (rumputpun suda panjang, lalangpun sudah tinggi)… bukan kerana apa tetapi banyak betul kerja2 yg tertangguh selain dari jumpa2 kawan dan commitment lain.
melihat kepada komen2 dari kawan2 dan saudara2 maka terdorong pula saya meluahkan isi hati saya hari ini.. Ada saudara2 kita tanya kenapa buat di Labuan? Kenapa tidak di Tandek/Bandau? Kenapa tiada perempuan, lelaki semua? (ada sudah yg cadangkan c Nong patut terlibat sebab pandai buat kerja, tida apa Nong kau bagi phone number kau bila saya balik KM saya call kita jumpa di kedai kopi Ah Moi).
Apapun memang terlalu banyak yg perlu diperbaiki dgn apa yg telah berlangsung sesungguhnya kita hanya merancang dan apa yg kurang perlu kita perhalusi dan diperbaiki. saya memohon ribuan maaf atas apa yg telah berlaku kerana saya lah yg mengusulkan idea ini (buat meeting di Labuan) saya sendiri yg jumpa tuan pengerusi pada masa itu (good Friday Labuan tida cuti).
Dan sekembalinya saya di kk sempat juga saya bertanya kawan2 dan orang penting kita walaupun bukan semua (malah saya sendiri ada call kawan2 saudara2 di KM walaupun bukan semua dan bertanya pendapat mereka) bole la saya katakan99% cakap setujuh hinggakan sampai saat2 akhirpun semua setujuh. Tetapi yg tidak bagusnya bila masa berlepas itu suda tiba adapula yg tida datang malah saya sendiri call ada yg tidak angkat phone pun yg beri alasan itu kita ok la bole kita terima tetapi yg tida menjawap itu susah saya mau cakap.
Apapun saya mengucapkan tahniah kepada saudara2 yg datang, mesyuarat kita “success” dan terima kasih juga kepada yg tidak dapat datang kerana kitapun faham akan commitment masing2 (apapun yg janji tapi tidak datang tu terima kasi juga dengan janji2 kamu itu dan saya minta maaf mungkin jemputan saya ini tidak cukup bagus lagipun siapa la saya..)
~keseluruhannya satu lagi kejayaan yg besar dari masyarakat Kimaragang walaupun nampak ada kurangnya namun pasti bole diperbaiki, sesuatu yg teguh, utuh dan gemilang akan tercapai bila ada permulaan dan kita nampak kelemahannya dan kita sama2 perbaiki.. “SYABAS KIMARAGANG”
Saya baru balik dari minum lewat malam bersama tuan pengerusi dan tuan setiausaha di Greece point saya begitu tertarik tentang analogy yg di perkatakan oleh tuan pengerusi mengenai sang kaldai bersama anak dan bapa.
Cerita ini bukan la bertujuan untuk menyindir sesiapa tetapi sebagai pendoman yg bole kita kongsikan bersama.
Tersebutlah kisah sang kaldai yg ditunggang oleh si anak dan si bapa yg menariknya, orang2 yg melihatnya berkata bodoh punya anak sepatutnya si bapa yg menunggang dan si anak yg menarik. Maka dalam keadaan yg berbeza si bapa pula yg menungganag dan si anak yg menarik, ada juga orang yg berkata bodoh punya bapa sepatutnya si anak yg menunggang. Di ceritakan pada keadaan situasi yg lain lagi si anak dan si bapa bersama2 menunggang keldai itu, ada juga orang yg berkata bodohnya mereka tidak ada rasa balas kesihan langsung dengan keldai yg mereka tunggang. Dan pada situasi yg satu lagi si anak dan bapa sama2 memikul sang kaldai juga ada orang yg mengatakan bodohnya keldai itu sepatutnya untuk di tunggang bukan dipikul.
~Terlalu banyak perkara yg kita buatpun salah, tak di buatpun salah apapun tuan cakap kita buat mengikut kehendak kita, bertoleransi dan sepakat..
Saya dan tuan Jilid sempat menghadiri majlis perkawinan kawan baik dan saudara kita dr. Jurin pada 9mei 09 baru2 ini, awal2 lagi tuan Jilid suda sms saya (bro kasi kawan saya pigi gereja ki, saya tidak dapat hadir jamuan c dr. di LeMERIDIEN kerana ada Bengkel penting, tapi di gereja saya datang. thanks)
~Apapun tahniah untuk randawi(hero) Kimaragang kita dr. Jurin Gunsalam dan pasangan hatinya ms. Janice. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat..
Selaras dengan hasrat dan harapan kaum kimaragang, satu resolusi telah dicapai dan berlangsung di Beta servise Apartment W.P. Labuan pada 1 hingga 3mei 2009 bagi kesinambungan dan pemantauan kemajuan perlaksanaan deklarasi Torongsoko 2008 yang lalu..
Menubuhkan sebuah pertubuhan baru yang menjadi payung dan wadah perjuangan bagi semua kaum kimaragang tidak kira dimana pun mereka berada di Malaysia adalah diantara objektif perbincangan bengkel itu.
Terdapat peringkat dan jenis gila dan bodoh yg boleh di ketegorikan seperti berikut..
JENIS-JENIS BODOH 1. Bodoh (dungu) – semua orangpun tahu tidak perlu di jelaskan.
2. Bodoh-Bodoh (diperlakukan bodoh oleh orang lain) – rela diperalatkan oleh orang lain.
3. bodoh pandai – kita lihat dia buat sesuatu kerja yg bodoh tetapi hasilnya amat baik.
4. bodoh sendiri – memperbodohkan diri sendiri (dia tahu kerja itu tidak betul dia buat juga).
5. bodoh lawak – kita tahu dia buat kerja bodoh tetapi tidak menyusahkan kita malah mengembirakan hati kita (sejuk mata memandang).
6. lawak bodoh – orang yg buat lawak tapi hancus…!! (syok sendiri dia).
7. Bodoh sombong (raja segala bodoh) – dia buat kerja bodoh namun dia tetap dengan pendiriannya apa yg dia buatnya betul dia memikirkan dialah yg terbaik orang semua kurang dia la saja yg terlebih pandai (tapi realiti sebenarnya dia B.O.D.O.H).
# kita seharusnya menerima pandangan (penilaian) orang lain tentang kebolehan kita, bukan kita yg beri markah untuk diri sendiri dengan apa yg kita lakukan…!!!
JENIS-JENIS GILA 1. Gila (sakit mental) – orang gila….
2. Gila harta – kedekut setangah mati…
3. Gila perempuan / sex – kaki perempuan, perogol dan yg sewaktu dengannya.
4. Gila judi – kaki judi.
5. Gila-gila – orang yg normal buat-buat gila (sama ada dia sedar atau tidak).
6. Kerja gila – membuat kerja gila la…
7. Gila kuasa (semua gila dia ada/ king of gila) – di rasa dia saja yg betul pendapat orang lain salah, konon dia memperjuangkan perpaduan dan memartabat bangsanya pada hal tampa di sedari dia la puncanya bangsa dan masyarakatnya berpecah, memaksa orang tunduk dgn kehendaknya tidak mendengar pandangan orang lain walaupun kaki dia jelas terpijak tahi kerbau dia tetap dengan cakap-cakap dia konon-kononnya betul/bernas perlu dituruti (sebahagian dari ciri-cirinya).
~ sayapun sudah naik gila memperkatakan tentang hal-hal gila ini (saya tidak tahu saya ni bodoh tahap yg mana kerana menyentuh hal ini), apapun saya tidak berhak menilai sepenuhnya dari diri saya sendiri dgn apa yg saya perkatakan biar la kawan2 dan saudara2 juga turut menilai tentang apa yg saya “publish” kan untuk kali ini dan begitu juga dengan mereka yg rasakan mereka la ketua atau layak menjadi ketua, pemimpin dan segala2nya adakan apa yg anda lakukan betul atas penilaian diri sendiri/kebanyak orang (suara majority dari kaki ampuh), jadi semoga kita semua dijauhkan dari ketegori Gila dan Bodoh yg saya perkatakan..
Bagi mereka yg rasa sudah cukup pandai sekolahpun sudah cukup tinggi jangan lupa kita di dunia ini perlu banyak2 belajar sampai matipun ilmu itu belum tentu akan habis kita pelajari… yg banyak ilmu tu bagi2 kepada yg sudi mahu belajar…
“BERSATU BANGSA KU, MAKA GEMILANGLAH TANAH TUMPAH DARAHKU”
Saya baru habis bebrual dengan Tuan sahabat baik saya di telefon, saya mendapat tahu bahawa beliau masih di Pitas mengikuti rombongan bosnya dan akan datang ke KK sebab esok ke KL (saya mendapat call dari beliau semalam tetapi saya suda sampai di Bandau untuk mesyuarat ‘so’ malam ini plan mau jumpa). saya ni konon2 sambil tunggu Tuan mana tahu dia call.. lepak2 la dulu.
Jam 9:30pm saya dalam perjalanan menujuh ke rumah seorang sahabat di sekitar Beverly (sebelum itu petang tadi saya menerimah SMS agar datang kerumahnya malam ini), saya singgah sebentar di “seven eleven”untuk membeli 2 uncang kacang cap tangan selepas itu saya menujuh terus ke rumahnya.
Setibanya saya dirumah kawan tersebut saya duduk di taman mini di depan rumahnya menghadap kolam kerana saya tahu walaupun kami kawan atas sebab2 tertentu kami tetap berbeza dari segala2nya. Sambil menunggu beliau turun dari tingkat atas rumahnya, saya memerhatikan barisan keretanya 928(ninja King) 938 (sport car) 838…. (dia ni bujang sudah.. saya pernah datang di sini tahun baru cina baru2 ini..)
umur beliau ini lebih kurang saya sebenarnya namun saya jauh ketinggalan dari segi semua perkara. Inilah yg jelas dari segi perbezaan dan kehebatan. Saya mengenali sahabat ini beberapa tahun yg laludi hotel tempat kami seminar tetapi “lost contact” dan saya menemui beliau apabila dia menelefon saya beberapa bulan yg lepas selepas itu hubungan kami jadi rapat tapi masih terbatas (tidak bole rapat sangat).
Seketika kemudian beliau turun dan menghampiri saya yg duduk di bangku kayu (dia)memakai t-shirt putih dan seluar pendek hitam dan berselipar tumit tinggi beliau melihat2 apa yg ada di dalam beg plastic yg saya bawa tadi dia cakap “good”kemudian beliau menuju ke dapur dan keluar membawa bersama2 beberapa tin minuman (bikin buka cerita) … (ceritapun bermula).
Saya sempat mengatakan “I sangat2 jauh ketinggalan di belakang You” jawapnya “oh tida kalau you fakir baik2 you sebenarnya jauh lebih baik dari saya, saya bole ketagorikan you ditahap kelas A memandangkan siapa orang2 yg ada di sekeliling you” kata beliau “yang penting kita pandai mengambil peluang yg ada dan jangan sampai terlepas”.
Bila di fikirkan terasa benar juga cakap2 beliau itu tetapi siapa la saya, saya sebenarnya baru berjinak2 dalam dunia yg saya ceburi sekarang sebelum ini tidak tahu apa2 baru mula mau belajar… dipendekkan ceritanya tin2 kosong didepan kami semakin banyak jam sudah hampir 12:30am (tuan pun tida call, saya rasa dia panat bah tu) saya mengambil keputusan untuk balik kerana hari sudahpun lewat malam walaupun cerita itu belum habis (cerita itu susah mahu di habiskan) saya mengambil keputusan agar kami berhenti setakat ini (saya teringat nasihat dari seorang kawan kalu kita ada 1 juta jangan kasih habis malam ini kita bahagi2kan untuk kita nikmati pada hari2 seterusnya).
Apapun cerita kami berakhir sudah semasa beliau temani saya ke “gate” rumahnya sempat juga tangan saya singgah di bahunya (sudah pening2) “don’t be like this nanti I tak nak kawan you lagi”…
~ Saling percaya dan menghormati keputusan dan diri masing2 adalah kunci persahabatan kami.
Satu bengkel akan di adakan kesinambungan kepada program deklarasi Torongsoko di adakan di Labuan pada 2 hingga 3mei 2009. Perhatian kepada AJK dan para peserta keputusan mesyuarat pada 17april 2009 memutuskan rombongan akan bertolak ke Labuan pada 1 mei 2009 dan kehadiran adalah wajib kepada para AJK.
Seperti sesetengah kawan tahu saya telah ke w.p. Labuan kelmarin, sempat juga saya bertemu dengan saudara tuan kita di sana ditemani oleh saudaraku Johan atau saya panggil dia Tan(anaksi Kajul) sekitar jam 3pm. Apapun biasalah nama nya suda tuan memang sibuk bersusun orang mau jumpa, time saya menunggu giliran tu datang seorang kawan (timbalan pengarah JPJ KK) jadi walaupun saya yg sampai dulu saya bagi la dia peluang dulu jumpa tuan sebab kawan. Senyum2 timbalan pengarah JPJ tu apapun ini la adatnya orang cari makan lagipun urusan saya tida penting juga cerita2 saja.
Akhirnya sampai juga giliran saya adalah dalam 40 minit saya bercerita dengan beliau macam2 la cerita kami termasuk perlantikan 4 menteri baru dan 4 timbalan menteri dari Sabah dan sempat juga saya mengatakan “harap2 la nampak perubahan di Sabah ini dengan adanya jawatan menteri penting yg dipegang oleh wakil rakyat dari Sabah” dan tuan pun adalah ulas sikit2.
Apa yg menarik perhatian saya kepada tuan ini adalah tentang keperibadian beliau kata beliau kita seharusnya ada perasaan contohnya kesihan melihat orang2 kita yg miskin, kalu bole mau saya tolong setiap orang2 yg perlu saya tolong tetapi saya tidak mampu berbuat begitu saya hanya buat setakat yg boleh saya lakukan.
Dipendekkan ceritanya akhir sekali baru la saya cakap tentang kesinambungan meeting kami yg tida berkesudahaan (deklarasi Torongsoko) nampaknya ada khabar baik tempatpun sudah ada masa dan tarikh sudah di tetapkan pada 2mei 2009 cuma minta kebenaran dari tuan setiausaha usulkan kepada para AJK… apapun semoga tiada lagi masalah berbangkit tida dapat datang dan ditangguhkan….
~apapun terima kasih la pada saudara saya Tan dan Nicky di Labuan kerana menamani dan mengurus pengangkutan dan penginapan saya sepanjang berada di sana..
GAMBAR KENANGAN KETIKA MENGHADAP SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG. KAPTEN MOHD RIZAM ZULKIFLE, SAYA DAN MAMA (SELAKU KELUARGA DARI SABAH BERPELUANG TURUT SAMA UNTUK MAJLIS SANTAPAN DIRAJA)