Hidupini Seperti Roda Yang Berputar Dan Dalam Perjalanan Hidupku Kini Aku Belari..!! Andai Kata Satu Hari Nanti Saya Tersungkur Ketika Saya Berlari Di Saat Ini, Saya Pasti Akan Berlari Semula Bila Saya Bangkit Kembali…!!
Sudah satu rutin setiap hari kecuali sabtu ahad saya akan bangun seawal jam 6 pagi bersiap2 untuk kerja.. saya bertolak dari rumah kira2 jam 6.45 pada kebiasaanya saya mengambil masa 1 jam untuk sampai ke tempat kerja, tapi pada hari ini saya sampai ketempat kerja 1jam 40minit disebabkan kesesakan yg luar biasa dan jalan seakan2 mau banjir. Saya pada kebiasaan nya akan memperlahankan kereta saya bila didepan ada air atau ada takungan air terutamanya ‘time’ hari hujan atas sebab keselamatan dan yg keduanya lebih2 lagi kalu di bandar banyak orang jalan kaki pagi2 gitu untuk ke tempat kerja. Saya teringat satu kesah lama dahulu ketika hari hujan pagi-pagi, saya baru turun dari Bas di Lido (masa tu saya tiada kereta lagi) bersama seorang wanita yg tidak saya kenal, kebetulan sebuah kereta lalu di depan kami dan melangar takungan air di tepi jalan raya dan terkena wanita itu (nasib saya baik tida kena), saya amat kesihan melihat wanita itu tapi saya tidak bole buat apa2, bayangkan jika perkara itu terjadi kepada diri anda atau si pemandu kereta itu suda lah awal pagi pergi kerja, rumah jauh, basah kuyup lagi, “adis”… sengsara la jawabnya.
~ sehebat mana kita sekalipun kita semestinya menghormati orang lain tida kira siapa dia seperkara yg perlu kita ambil peringatan kalu kita sudah di atas ada baik nya kita “tumudung sid sibah toruai” jangan kita tengok atas saja (kawan saya cakap) kita ingat dan mengingatkan mana tau kita terlupa dan yg memandu kereta tu pasang lampu, hati2 ketika memandu dan ingat la orang lain yg ada di sekeliling kita terutamanya hari2 hujan begini walaupun kita rasa tidak membahayakan tapi takut2 basah kawan2 kita yg jalan kaki..
Mapanau Oku Mantad Magapon Nakasambot Oku Po Do Polod.
Hari ini saya sempat makan tengah hari dgn kawan (tapi dia diet pula) sambil2 urusan cari makan punya (betul2 dia sebab dia minum je) walaupun kadang2 tu menelan air liur juga dia ‘time’ saya makan tu (jgn marah aa Bos main2 ba) sambil2 cerita, handphone dia berbunyi (mak/bapa di call dari kampung) saya mengamati cara dia bercakap dgn bapanya saya bole bayangkan akan kemesraan tutur katanya dgn bapa dia (saya sendiripun tidak begitu oo).. saya percaya banyak juga kawan2 di Tandek yg bole jadi saksi dan kenal dia ni (bukan di buat2 tapi mereka memang begitu) bukan dia saja malah adik beradik abang dia memang mempunyai disiplin yg tinggi serta berjaya bukan saja dalam kehidupan malah berpendidikan tinggi dan baik budi pekertinya (untung/boleh tahan mak bapa dia pandai mendidik anak2) dalam erti kata lain bole kita jadikan ‘Model’ untuk kita.. mengingati akan adalah 1 atau 2 org pada satu masa di tempat saya, sudah la orgnya sekolah tidak kemana balik saja dari KL cakap pun ala2 KL gitu tida pandai cakap dusun la, orang yg lalu di depan macam tidak nampak… “Adis oh susah momoros oh kowoyo-woyoon di tulun” (org kampung saya tu). Kembali cerita tentang kawan saya tu orang dia dan adik beradik dia selain dari pintar2 semua hubungan adik beradik juga rapat bole lah diumpamakan makan 1 piring, tidur pun 1 bantal gitu..inilah yg perlu kita contohi terutamanya dalam mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan masyarakat kita lebih2 lagi dalam usaha2 kita menguatkan dan menyatupadukan bangsa kita ‘Kimaragang’.
~Ada org berpendapat perpaduan itu bermula dari rumah, kepimpinan itu bole diukur dalam kita memimpin keluarga kita (kalu keluarga sendiripun tidak dapat kau pimpin apalagi org lain). Jadi apa yg saya sampaikan hari ini saya memohon maaf jika ada sesiapa yg tersinggung dan saya tersilap.. terutama kawan saya yg temankan saya makan hari ini untuk dia klu ada yg tersilap saya nyatakan dalam blog ini minta maaf saya sebenarnya memuji kamu tiada niat untuk menyindir…. (saya tabik dgn family you)..
Angkara percaya tilikan bomoh, seorang pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel) dibelasah dan ‘ditawan’ sekumpulan rakan senior selama 4 jam kerana dituduh mencuri dompet, jam tangan, telefon bimbit dan kasut mereka. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Khamis lalu, mangsa 19 tahun yang baru sebulan mendaftar masuk ke universiti itu, berjalan seorang diri menuju asrama universiti berkenaan. Dia kemudian dipanggil 2 pelajar senior dan ditarik masuk ke bilik sebelum ditumbuk dan ditendang. “Mereka menuduh saya mencuri semata-mata kerana percayakan bomoh kononnya nampak wajah saya ketika menilik sedangkan saya tidak tahu apa-apa,” kata pelajar itu. “Saya disuruh buka baju dan mengelap lantai dan kemudian disuruh pakai semula baju. Mereka juga paksa saya melakukan tekan tubi sehingga saya menjadi lemah,” Menurutnya, dia tidak melawan ketika dipukul. Disebabkan tidak tahan dengan deraan itu, pada satu ketika dia berpura-pura mengaku mencuri bagi mengelakkan dipukul lebih teruk. “Tidak cukup dengan itu, mereka merampas telefon bimbit, kasut, wang RM50 dan kad metrik saya sebelum dibebaskan jam 4.30 pagi,”
~ada lagi rupa2nya orang2 malah bole kita ketegorikan sebagai terpelajar yg kurang bijak dalam membuat keputusan tentang sesuatu hal malah taksub dalam sesetengah perkara (tapi bukan org kita ba ni)… apa2 je la.. sekedar imformasi dan teladan untuk kita semua.
Satu acara ‘petong' (Petanque) berlangsung di UiTM Kota Kinabalu Sabah buat julung2 kali nya, perlawanan persahabatan diantara beberapa jabatan2 di UiTM dan kontraktor perkhidmatan UiTM, acara yg agak meriah dan saya sendiri ada mengambil bahagian atas jemputan pihak BPF. Pengalaman yg amat luar biasa sebab tak pernah lagi pegang bola ‘petong’ baru 1st time (hantam saja la) yg penting semangat kesukanan itu ada dan keputusannya biasa la 2 kali main 2 kali juga out..ha.. ha.. ha..
Ketika Perjalanan Pulang
Sekitar jam 11.30pm hari ini saya melalui jalan Tanjung Lipat dari bulatan ke komplek sukan ke pelabuhan, satu kesesakan jalan yg luar biasa dari hari2 yg lain setibanya saya di depan bangunan pelabuhan kelihatan satu kemalangan parah yg saya angarkan berlaku sebab ada kereta Ambulance, pengusung dan Polis. Saya tidak berperhatian sepenuhnya untuk mengelak kesesakan lagipun ada pegawai polis yg memberikan isyarat untuk tidak memperlahankan kendaraan sebab yg berlaku kemalangan itu di arah yg bertentangan bukan di laluan yg saya lalui….
Apa yg terlintas difikiran saya ialah mengapakah setiap kali ada kemalangan ada setengah orang tu memperlahankan kereta dan lihat, kalau la nak memberi pertolongan (berhenti la di lorong kecemasankan) ini tida kau tolong tengok saja (kalu keluar numbor nya bos kaya aku), ataupun mungkin setengah orang tu baru di sedar bawa kereta tu perlu hati2 nanti membawa kemalangan sayapun tidak faham….
~bagi pihak kawan2 la kenapa diaorang memperlahankan kereta sedangkan kemalangan itu di laluan yg bertentangan?
“GONG XI FA CAI” kepada semua kawan2 terutamanya kawan2 (masyarakat cina) kita di Bandau.. (Aunty saya di pekan, kawan2 di pekan Lama/Baru, Keluarga di Rakit dan dimana2). Semoga tahun ini (OX) membawa banyak kejayaan dan rahmat kepada kita semua (walaupun tahun Gawat sekarang).
~mengikut ramalan pakar ‘fung sui’ keutuhan dan pertumbuhan ekonomi tertumpu di bahagian selatan untuk tahun ini (ox).. harapan agar kita org Bandau semua ok (tanam padi pun jadi, tiada lagi banjir lepas ni dan yg baik2 saja yg kita minta/dapat), kerana pada pengamatan saya KM terletak di pesisiran pantai selatan di bahagian utara Sabah dan semoga fung sui utk KM juga Bagus..
@harap2 tahun ini jadi la (cakap2 dato hari tu) untuk jadikan KM jelapang padi…
Sorohon Noh Masa Om Kada Tokou No Mangajaji Bang Amu Kajadi.
“Ada orang janji sekejap, tapi berjam2 lamanya. Ada orang cakap On the way, tapi tak sampai2.Ada orang cakap No problem, tapi jadi problem sebab tak jadi. Ada orang cakap dia begitu-begini, tapi yg bercakap tu lebih kurang juga gaya2nya…” inilah perkara yg biasa di kalangan orang2 kita amalkan (bukan semua tapi yg terasa tu “moki maap oku” saya sendiri tak cakap saya tidak begitu tapi saya cuba jangan). palis-palis buang jauh2.. Saya ingin berkongsi cerita tentang masa yg pernah saya baca dari buku Tan sri Lim Goh Tong beliau amat menitik beratkan tentang masa, boleh dikatakan masa itu bagi beliau adalah emas dan segala2nya, malah di setiap pertemuan atau temujanji beliau datang awal sekurang2nya setengah jam lebih awal. Beliau juga ada mengatakan bahawa dengan masa orang boleh hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kita. Itu kata beliau. Yg kita ni kita ikut la apa yg baik walaupun kita orang biasa ka, yg bos-bos tu ka atau Tuan ka ada baiknya kita menepati masa. Ba begitu la ceritanya bilang si Prof saya ingat lagi.. kalu kau sudah di atas ada baik nya kau “tumudung sid sibah toruai” jangan kau tengok atas saja.. nanti tersepak batu.. lebih kurang begitu la ba kan tu..
~apa yang baik kita amalkan, ada yg tersilap antara kita sama2 la kita tegur dan perbetulkan demi memperkasa bangsa dan masyarakat kita, misal kata saya yg tersilap saya mohon diperbetulkan dan terima kasih dari siapa2 saja.. “kau adalah teman sejati ku kalau kau betulkan kesilapan ku” terima kasih…!!
Biasa la banjir ada kali 2 atau 3 nya. namun demikian persoalannya adakah barisan pemimpin kita dan AJK bertindak (yg diamanahkan) memantau dan memastikan AJKnya buat kerja dan sejauh mana keberkesanan usaha2 murni mereka dan orang2 lantikan mereka (kadang2 hal itu ibarat 1 ekor kerbau bawa lumpur yg lain pun kena lumpur suda, jadi yg bawa lumpur itu kau cuci dia..) ini satu contoh saya mendapat tahu bahawa ada diantara pusat pemindahan banjir tidak mendapat selimut (1kain selimut, 1kain sarung dan 1kain utk wanita bagi setiap keluarga) sedangkan barang2 ini sudah satu kemestian di setiap pusat pemindahan banjir, itu la di antaranya hal yg perlu di ambil tahu dalam kelemahan tindakan yg kita buat. Jangan pula kau cakap ini kerja di orang kita sama2 la pastikan..
~apapun hal-hal yg kita utarakan pasti ada jawapan dan hujah yg bernas dari mereka..!! namun saya sekadar memberikan pandangan dan menyumbang idea apa yg perlu di perbaiki, saya bukan la pandai orangnya tapi saya suka minta pendapat dan bertanya kalu saya tidak tahu hal itu. Kalu fikiran suda buntu (kalu malu bartanya sesat jalan) tanya la dengan orang yg baik pengurusannya macam yg mengurus Pitas tu, di org kawan2 kita juga bah tu apakah susahnya..
Sebenarnya saya ada temu janji dgn dr.J utk makan tengah hari bersama2 hari ini pada mulanya saya menghantar sms yg saya dtg lewat sedikit kerana saya bertemu dgn seorang kawan secara kebetulan bila jam sudah hampir jam 1.15 ptg saya menghubungi tuan dr bahawa saya terpaksa membatalkan pertemuan kami sebab tidak sempat (siou dr.J saya mungkir janji.. kelaparan suda kau mungkin .. perkara yg tidak baik telah saya amalkan hari ini) walau bagaimanapun saya janji malam ini kita jumpa, mau kemana nanti baru cerita… Saya tertarik dgn kawan saya hari ini tentang satu perkara ia itu isu hubungan Suami & Isteri, beliau berkata suami isteri umpama rakan kongsi sepanjang hayat, bila kita sudah memutuskan untuk berkawin bererti kita telah memegang janji yg isteri kita adalah rakan kita susah senang, sehidup semati dan kita perlu ingat yg isteri kita bukan hambah bukan amah atau lebih rendah kedudukan nya, kita ‘share partner’ 50:50, suami isteri seolah2 rakan penting dalam perniagaan dlm mencapai kejayaan, jika diumpamakan motosikal suami istreri adalah ibarat roda depan dan belakang jika hilang 1 roda bayangkan la apa terjadi dgn motosikal itu (tapi saya lupa tanya si suami yg mana 1 roda depan atau belakang, lain kali saya tanya sebab kesuntukan masa hari ini) anak2 adalah aset2, suami isteri harus berganding bahu utk mendidik anak2 jgn ingat bapa hanya cari duit utk kasih makan sahaja..
~kesimpulan yg saya dapat dari cerita ini macam kawan saya cakap suami isteri harus ingat jangan memendang siapa yg lebih tinggi.. dan ada baiknya jika suami istari umpamakan yg mereka adalah tayar motosikal dan bukan tayar kereta sebab kereta ada 4 tayar dan ada ‘spear tyre’ lagi.. kita fakir lah sendiri apa yang terbaik utk kita… yg penting jangan lupa kewajipan masing2..
Petikan dari Harian Metro: SUNGAI PETANI:Seorang wanita koma selepas dipercayai dibelasah teman lelakinya, termasuk dihentak dengan batang besi sebesar lengan di beberapa bahagian tubuh berikutan perselisihan faham, pagi semalam. Dalam kejadian jam 9.30 pagi di Taman Kristal, Padang Temusu, dekat sini, wanita Melayu berusia 25 tahun itu ditemui terbaring berlumuran darah di rumah oleh jiran yang kebetulan lalu di kawasan itu. Mangsa yang belum berkahwin, tetapi mempunyai dua anak berusia tiga bulan dan setahun itu dipercayai tinggal bersama teman lelakinya di rumah berkenaan sejak beberapa bulan lalu. Mengikut rekod polis, mangsa pernah ditahan polis kerana cuba terjun dari sebuah bangunan terbengkalai di Padang Temusu, dekat sini. “Ketika kejadian (cubaan membunuh diri), mangsa yang belum berkahwin sedang sarat mengandung”
~jika diumpamakan terhantuk di dinding beberapa kali apakah tidak sedar lagi, akan jalan yg kita pilih, perlu ka kita bertahan lagi atas rasa cinta dan sayang (demi cinta nyawa dan badan saya serahkan) kerana perkara sedemikian saya percaya ada berlaku di kalangan org2 kita. Dan bagi pihak yg hero pula perlu ka tunjuk kuat dgn orang yg bukan lawan kita..fikiro toko no kendiri.. tapi saya yakin orang Kimaragang kita tiada yg sampai hati berbuat demikian… OK KA TOMPINAI..!!
Rasuah adalah isu yg hangat diperkatakan terutamanya menjelang pilihan raya kecil di awal tahun baru ini malah di PRU baru2 ini juga. Kalau sebut pasal rasuah jangan la suda malas mau dengar, sebut la hal2 lain.. sejauh mana kepakaran di pihak pembangkang mahupun kerajaan adalah mustahil bagi maghapuskan rasuah sama sekali (0 rasuah) jika kita masih dipimpin oleh barisan pemimpin yg lantang memperkatakan isu rasuah tapi mereka sendiri tampa kita sedar awal2 lagi perbuatan mereka sudah ada tanda2 rasuah contohnya dalam usaha2 pihak pembangkang memancing MP dikelangan barisan kerajaan yg dikecam hebat dengan isu rasuah, mereka dijanjikan pangkat dan sebagainya jika menganggotai barisan pembangkang ( di tawarkan pangkat itu bukan rasuah ba kan sayapun tida tahu apa itu ). Jadi bagi saya entah bila la rasuah akan berakhir jika yg di cop kaki rasuah itu dipancing dan menjadi ahli dalam kerajaan pekatan pembangkang. Kurang lebih juga la.. ibarat kain putih kau kasi cat hitam separuh jadilah kerajaan hitam putih, lama2 hitam semua.
~tida tau betul ka tidak, bila kau pancing pemimpin yg suka rasuah jadi menteri kau jangan2 kau nanti di bagi rasuah… bole ka saya cakap kau tidak rasuah kalu kau akan terima rasuah dia nanti… He he he… semoga kita semua jauh dari rasuah.. ba begitu la harapan kita..
Residents in the small town of Lilieci, Romania, say ghosts are the source of shenanigans happening in their community. Broken windows, flying kitchenware and bicycles, and even demolished homes have been reported to local police. Resident Mircea Hadimbu said the windows in his house began breaking, one by one, for no apparent reason, and two bicycles moved through the air on their own. Police started out laughing about the allegations, but after they investigated, they couldn’t determine why the strange incidents were happening. They eventually called in a specialist with experience in spirits to try to fix the problem.
GAMBAR KENANGAN KETIKA MENGHADAP SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG. KAPTEN MOHD RIZAM ZULKIFLE, SAYA DAN MAMA (SELAKU KELUARGA DARI SABAH BERPELUANG TURUT SAMA UNTUK MAJLIS SANTAPAN DIRAJA)