SANTAI bersama MURALANG JR.

Hidupini Seperti Roda Yang Berputar Dan Dalam Perjalanan Hidupku Kini Aku Belari..!! Andai Kata Satu Hari Nanti Saya Tersungkur Ketika Saya Berlari Di Saat Ini, Saya Pasti Akan Berlari Semula Bila Saya Bangkit Kembali…!!

kinorikatan nu

free counter

email : rozanz76@tm.net.my

VALENTINE,S DAY KAMI DI PULAU LABUAN..

Lawatan Resmi Kami Pada Hari Kekasih Di Pulau Labun

Kedatangan kami di pulau Labuan pada hari “valentine's day” bertepatan dengan tema hari itu disamping mengeratkan lagi keakraban dan setia kawan antara N5 dan Labuan. Kedatangan kami di sambut dengan gembira oleh rakan2 disana selaku tuan rumah dan kami turut dibawa melawat seluruh kawasan Labuan. Terima kasih rakan2 dan saudara2 di Labuan budi baik kamu tida kami lupakan dan KP telahpun menjajikan usaha yg terbaik untuk lawatan balas dari pihak Labuan nanti…


Peter Mark(AMT), KP N5 dan Saya..


Christoper(KP), David Meja dan Rozan(saya).

MADU DAN RACUN DITANGAN SIAPA….

Marah Pada Nyamuk Kelambu Kau Bakar


Saya melayari 1 blog beberapa hari yg lepas saya begitu tertarik dengan 1 isu tentang pandangan ‘seorang bloger’ terhadap lelaki, saya bukan la “menegakkan benang yg basah” tetapi sekedar memberi komen secara peribadi bagi pihak lelaki la aa.. kita tidak bole mengatakan asalkan lelaki 99% adalah jahat.. mungkin yg kita jumpa itu adalah 1 yg jahat tetapi 10 lagi baik kita tak tahu sebab rakyat sabahpun lelakinya cukup ramai ooh.. dan pada kebiasannya orang yg ikhalas itu tidak suka dirinya dikenali bila dia membuat kebaikan hanya orang yg tidak ikhlas baru la suka menunjuk2 kan diri dan berpura2 baik sebab itu kejahatan mengatasi kebaikan pada pandangan kita.. mungkin juga disebabkan faktor begitu la pandangan beliau (bloger tu) jadi 99%.. jadi jangan la kau ibaratkan nampak pisang setandan ada yg rosak kau cakap semuanya busuk/rosak, nanti sia2 la usah lelaki2 yg melakukan kebaikan tu, mereka seperti tidak di hargai pula.

Kesilapan dari pihak lelaki dan wanita itu seimbang 50:50 la katakan, kita juga bole ambil ikhtibar dari gosip2 artis yg panas kacau isteri orang atau kawin dgn suami orang dan ada yg selabihnya menyebabkan orang lain di tinggalkan suami (kalu U ceraikan isteri U baru la I mau kawin dengan Dato) lain pula ceritanya yg ni wanita menzalimi wanita…


~Apapun yg saya katakan untuk kali ini adalah sekadar pendapat peribadi dan renungan kita bersama apa yg tersilap adalah datangnya dari kelemahan saya, saya juga insan biasa dan bole membuat kesilapan… setulus ikhlas ku memohon maaf andainya pandangan saya utk cerita kali ini menyentuh peribadi dan menyakiti hati sesiapapun..

membunuh diri penyumbang utama kematian di dunia

JANGAN terkejut jika tindakan membunuh diri adalah satu daripada penyumbang utama kematian di dunia. Pertubuhan Kesihatan Dunia menyatakan, seorang membunuh diri setiap 39 saat.

Malah, dianggarkan 10 hingga 20 juta cubaan bunuh diri yang tidak membawa maut berlaku setiap tahun di seluruh dunia. Bunuh diri boleh difahami sebagai suatu tindakan mengambil nyawa sendiri. Ia merujuk kepada perbuatan memusnahkan diri sendiri kerana enggan berhadapan sesuatu perkara atau masalah yang dianggap tidak dapat ditangani. Ia berlaku disebabkan pelbagai faktor, seperti kegagalan menghadapi tekanan, malu kepada keluarga dan masyarakat, rasa bersalah, tidak dapat menahan kesakitan fizikal, tekanan emosi yang meluap-luap, kebimbangan dan masalah kewangan. Menurut pakar psikiatri, kadar kejadian bunuh diri dalam kalangan mereka yang berusia antara 19 hingga 59 tahun terutama wanita adalah 1.5 kali lebih tinggi daripada lelaki. Punca utama kejadian itu disebabkan tekanan perasaan, skizofrenia dan kemurungan diri yang melampau. Pada satu tahap pesakit berasakan tiada lagi jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Tekanan itu boleh menyerang sesiapa saja dan keadaan menjadi bertambah rumit jika pesakit mengambil dadah atau alkohol yang boleh mendorong perkara tidak diingini. Pengaruh lain seperti berasakan diri keseorangan, tiada sokongan sosial dan dibayangi rasa putus asa, bahkan ditambah dengan kegagalan mengawal desakan dalam diri turut mendorong mangsa membunuh diri.

TERKENAG SEMASA DULU HATIKU MERASA RINDU…

Tandek Oh Tandek


Bila si ‘Furen Laoshi’ (Lost and Found) sebut pasal Tandek dan kenangan dia dulu2 sayapun ikut teringat kembali kenangan manis di pekan Lama Tandek, bole la di katakan saya membesar di pekan itu time tu rasanya Tandek lebih maju dari pekan KM la, tapi semuanya tinggal kenangan pekan Tandek kini seperti pekan yg mati kadang2 tu kalu bukan hari isnin petang2 gitu macam tempat yg dilanggar geruda saya bukan la memperkecil2 kan pekan itu (bapa dan kakak buka kedai di sana ba) tapi seolah2 tidak diambil peduli oleh pihak berwajib terutamanya pemimpin2 kita, memang benar ada kemudahan Hospital tapi macam tiada sebab banyak kekurangannya. Saya rasakan ada baiknya di tempatkan lagi pejabat pos kecil /wakil pos (memandangkan pej. pos KM suda sesak bah tu) dan balai polis kecil agar tumpuan dan tarikan pekan itu banyak sedikit bekalan air harus dibaiki sebab itu la masalah utama di sana, jalan kepekan baru Tandek harus diserikan lagi (macam rumput dia tinggi dari tu Bangunan tau).

Apapun ini adalah pendangan dari saya yg tidak tahu apa2 tapi saya rasakan idea saya ini bole diperhalusi dan dijadikan panduan apa yang terkurang ditambah la lagi agar Tandek muncul kembali maju separti dulu alang2 suda kamu buat Hospital di sana biarlah berbelanja lagi sedikit untuk kemajuan Tandek ataupun mungkin dari pihak pemimpin kita dia minta pihak swasta jadi perintis (seperti Wong Kwok) minta melabur buat lagi beberapa blok kedai sebab mereka adalah berpengalaman dan punyai strategi yang tersendiri.


Saya yakin bila pekan Tandek maju kawasan sekitarnya akan mulai membangun secara tidak langsung banyak membawa kebaikan kepada masyarakat kita....

“semoga Tandek ku kembali maju dan gemilang”…..!!!!

PISANG GORENG PANAS DAN MEMANASKAN....!!

Anwar vs Najib siapa jadi PM?


Semenjak pilihanraya umum tahun lalu, rakyat Malaysia tidak sunyi daripada pergolakan politik yang menyaksikan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sentiasa bertempur. Pada ketika ini kita masih tertumpu kepada senario politik yg berlaku di perak yg bagi kebanyakan orang bole la dikatakan sebagai pertarungan antara Anwar vs Najib. Anwar baru2 ini didesak oleh Karpal meletak jawatan dari menjadi ketua PR kerana mempromosikan budaya lompat parti ketika Anwar masih bersama Umno dan BN hingga sekarang dan mencetuskan masalah dalam gabungan tersebut serta kes liwat beliau.

Najib pula selain 2 isu terbaru, tentang penculikan 2 adun perak dan kes rasuah Jamaluddin dan Mohd Osman sedang menghadapai pertuduhan yang akan mula dibicarakan pada 10 Febuari ini. Menurut dakwaan pemimpin PKR, jika mereka menyertai Umno, dakwaan kes rasuah tersebut akan digugurkan. terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan oleh beliau. Selain menjawab pertuduhan-pertuduhan berat yang dilemparkan terhadap dirinya, persepsi umum masih lagi belum dapat dipulihkan mengenai penglibatan dirinya dalam kes pembunuhan warga Mongolia, walau beliau sering menafikannya.

Dalam pertempuran hebat dan yang belum pernah berhenti semenjak tsunami politik 8 Mac, Malaysia berada di persimpangan: Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat? Sama ada Najib Razak atau Anwar Ibrahim?

MAAFKAN SAYA SAHABAT KU...

“Mendongak ke langit tak akan dapat mengukur luasnya, memandang ke laut seperti tak bertepian demikian juga hidup kita tak akan terhidu ajalnya. Mampukah kita menjawab bila orang2 yg kita sesatkan dalam dunia ini dipertanggungjawabkan Tuhan kepada kita” (nasihat dari seorang sahabat)


Tidak terlintas langsung di fikiran akan perkara yg saya sakiti hati sesiapa namun inilah reality kehidupan, bila saya ditegur baru la saya tertunduk memikikan perkara (dosa2) yg telah saya lakukan, tampa saya sedar saya telah menyesatkan orang lain dan menyusahkan kawan baik saya (saya mengakui) namun pada mulanya niat itu bukan atas menyakiti sesiapa, saya sekadar melayani kesepakatan atas dasar kawan2 dan sama2 mahu duduk minum tetapi menimbulkan kesalah fahaman (saya minta maaf bos kerana hal itu telah menyusahkan kau) mungkin ada baiknya jika kita singkap kembali blog yg di tulis oleh sahabat kita “jangan minum arak (kada moginum)” secara ringkasnya dapat saya fahami namun masih bole di perhalusi. Jadi lain kali kalu saya datang KM jangan pula kau tida datang kalu saya call bawa minum, lain kali kita minum siang2 (minum kopi)..


~ walaubagai manapun saya memohon setulus ikhlas kemaafan atas kejadian itu terutamanya kepada isteri kawan saya… apa yg terjadi pada hari itu adalah yg terakhir dan hal2 berkaitan berakhir di atas meja itu sahaja, semoga kamu sekeluarga sentiasa dilindungi dan mendapat rahmat dari Tuhan.

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.

Hujan Hampir 20 Jam Di Kk Hari ini.


Sudah satu rutin setiap hari kecuali sabtu ahad saya akan bangun seawal jam 6 pagi bersiap2 untuk kerja.. saya bertolak dari rumah kira2 jam 6.45 pada kebiasaanya saya mengambil masa 1 jam untuk sampai ke tempat kerja, tapi pada hari ini saya sampai ketempat kerja 1jam 40minit disebabkan kesesakan yg luar biasa dan jalan seakan2 mau banjir. Saya pada kebiasaan nya akan memperlahankan kereta saya bila didepan ada air atau ada takungan air terutamanya ‘time’ hari hujan atas sebab keselamatan dan yg keduanya lebih2 lagi kalu di bandar banyak orang jalan kaki pagi2 gitu untuk ke tempat kerja. Saya teringat satu kesah lama dahulu ketika hari hujan pagi-pagi, saya baru turun dari Bas di Lido (masa tu saya tiada kereta lagi) bersama seorang wanita yg tidak saya kenal, kebetulan sebuah kereta lalu di depan kami dan melangar takungan air di tepi jalan raya dan terkena wanita itu (nasib saya baik tida kena), saya amat kesihan melihat wanita itu tapi saya tidak bole buat apa2, bayangkan jika perkara itu terjadi kepada diri anda atau si pemandu kereta itu suda lah awal pagi pergi kerja, rumah jauh, basah kuyup lagi, adis”… sengsara la jawabnya.


~ sehebat mana kita sekalipun kita semestinya menghormati orang lain tida kira siapa dia seperkara yg perlu kita ambil peringatan kalu kita sudah di atas ada baik nya kita “tumudung sid sibah toruai” jangan kita tengok atas saja (kawan saya cakap) kita ingat dan mengingatkan mana tau kita terlupa dan yg memandu kereta tu pasang lampu, hati2 ketika memandu dan ingat la orang lain yg ada di sekeliling kita terutamanya hari2 hujan begini walaupun kita rasa tidak membahayakan tapi takut2 basah kawan2 kita yg jalan kaki..

JALAN-JALAN CARI MAKAN.

Mapanau Oku Mantad Magapon Nakasambot Oku Po Do Polod.


Hari ini saya sempat makan tengah hari dgn kawan (tapi dia diet pula) sambil2 urusan cari makan punya (betul2 dia sebab dia minum je) walaupun kadang2 tu menelan air liur juga dia ‘time’ saya makan tu (jgn marah aa Bos main2 ba) sambil2 cerita, handphone dia berbunyi (mak/bapa di call dari kampung) saya mengamati cara dia bercakap dgn bapanya saya bole bayangkan akan kemesraan tutur katanya dgn bapa dia (saya sendiripun tidak begitu oo).. saya percaya banyak juga kawan2 di Tandek yg bole jadi saksi dan kenal dia ni (bukan di buat2 tapi mereka memang begitu) bukan dia saja malah adik beradik abang dia memang mempunyai disiplin yg tinggi serta berjaya bukan saja dalam kehidupan malah berpendidikan tinggi dan baik budi pekertinya (untung/boleh tahan mak bapa dia pandai mendidik anak2) dalam erti kata lain bole kita jadikan ‘Model’ untuk kita.. mengingati akan adalah 1 atau 2 org pada satu masa di tempat saya, sudah la orgnya sekolah tidak kemana balik saja dari KL cakap pun ala2 KL gitu tida pandai cakap dusun la, orang yg lalu di depan macam tidak nampak… “Adis oh susah momoros oh kowoyo-woyoon di tulun” (org kampung saya tu). Kembali cerita tentang kawan saya tu orang dia dan adik beradik dia selain dari pintar2 semua hubungan adik beradik juga rapat bole lah diumpamakan makan 1 piring, tidur pun 1 bantal gitu.. inilah yg perlu kita contohi terutamanya dalam mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan masyarakat kita lebih2 lagi dalam usaha2 kita menguatkan dan menyatupadukan bangsa kita ‘Kimaragang’.


~Ada org berpendapat perpaduan itu bermula dari rumah, kepimpinan itu bole diukur dalam kita memimpin keluarga kita (kalu keluarga sendiripun tidak dapat kau pimpin apalagi org lain). Jadi apa yg saya sampaikan hari ini saya memohon maaf jika ada sesiapa yg tersinggung dan saya tersilap.. terutama kawan saya yg temankan saya makan hari ini untuk dia klu ada yg tersilap saya nyatakan dalam blog ini minta maaf saya sebenarnya memuji kamu tiada niat untuk menyindir…. (saya tabik dgn family you)..

BERITA YANG MENARIKI PERHATIAN SAYA HARI INI.

Angkara percaya tilikan bomoh, seorang pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel) dibelasah dan ‘ditawan’ sekumpulan rakan senior selama 4 jam kerana dituduh mencuri dompet, jam tangan, telefon bimbit dan kasut mereka. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Khamis lalu, mangsa 19 tahun yang baru sebulan mendaftar masuk ke universiti itu, berjalan seorang diri menuju asrama universiti berkenaan. Dia kemudian dipanggil 2 pelajar senior dan ditarik masuk ke bilik sebelum ditumbuk dan ditendang. “Mereka menuduh saya mencuri semata-mata kerana percayakan bomoh kononnya nampak wajah saya ketika menilik sedangkan saya tidak tahu apa-apa,” kata pelajar itu. “Saya disuruh buka baju dan mengelap lantai dan kemudian disuruh pakai semula baju. Mereka juga paksa saya melakukan tekan tubi sehingga saya menjadi lemah,” Menurutnya, dia tidak melawan ketika dipukul. Disebabkan tidak tahan dengan deraan itu, pada satu ketika dia berpura-pura mengaku mencuri bagi mengelakkan dipukul lebih teruk. “Tidak cukup dengan itu, mereka merampas telefon bimbit, kasut, wang RM50 dan kad metrik saya sebelum dibebaskan jam 4.30 pagi,”

~ada lagi rupa2nya orang2 malah bole kita ketegorikan sebagai terpelajar yg kurang bijak dalam membuat keputusan tentang sesuatu hal malah taksub dalam sesetengah perkara (tapi bukan org kita ba ni)… apa2 je la.. sekedar imformasi dan teladan untuk kita semua.

SORITA SID HUJUNG WULAN KO ISO ID 2009

PENGHUJUNG JANUARI 2009.


Satu acara ‘petong' (Petanque) berlangsung di UiTM Kota Kinabalu Sabah buat julung2 kali nya, perlawanan persahabatan diantara beberapa jabatan2 di UiTM dan kontraktor perkhidmatan UiTM, acara yg agak meriah dan saya sendiri ada mengambil bahagian atas jemputan pihak BPF. Pengalaman yg amat luar biasa sebab tak pernah lagi pegang bola ‘petong’ baru 1st time (hantam saja la) yg penting semangat kesukanan itu ada dan keputusannya biasa la 2 kali main 2 kali juga out.. ha.. ha.. ha..



Ketika Perjalanan Pulang


Sekitar jam 11.30pm hari ini saya melalui jalan Tanjung Lipat dari bulatan ke komplek sukan ke pelabuhan, satu kesesakan jalan yg luar biasa dari hari2 yg lain setibanya saya di depan bangunan pelabuhan kelihatan satu kemalangan parah yg saya angarkan berlaku sebab ada kereta Ambulance, pengusung dan Polis. Saya tidak berperhatian sepenuhnya untuk mengelak kesesakan lagipun ada pegawai polis yg memberikan isyarat untuk tidak memperlahankan kendaraan sebab yg berlaku kemalangan itu di arah yg bertentangan bukan di laluan yg saya lalui….

Apa yg terlintas difikiran saya ialah mengapakah setiap kali ada kemalangan ada setengah orang tu memperlahankan kereta dan lihat, kalau la nak memberi pertolongan (berhenti la di lorong kecemasankan) ini tida kau tolong tengok saja (kalu keluar numbor nya bos kaya aku), ataupun mungkin setengah orang tu baru di sedar bawa kereta tu perlu hati2 nanti membawa kemalangan sayapun tidak faham….


~bagi pihak kawan2 la kenapa diaorang memperlahankan kereta sedangkan kemalangan itu di laluan yg bertentangan?



 

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent