SANTAI bersama MURALANG JR.

Hidupini Seperti Roda Yang Berputar Dan Dalam Perjalanan Hidupku Kini Aku Belari..!! Andai Kata Satu Hari Nanti Saya Tersungkur Ketika Saya Berlari Di Saat Ini, Saya Pasti Akan Berlari Semula Bila Saya Bangkit Kembali…!!

kinorikatan nu

free counter

email : rozanz76@tm.net.my

MASA ITU EMAS DAN JANJI HARUS DI TEPATI…!!

Sorohon Noh Masa Om Kada Tokou No Mangajaji Bang Amu Kajadi.


“Ada orang janji sekejap, tapi berjam2 lamanya. Ada orang cakap On the way, tapi tak sampai2. Ada orang cakap No problem, tapi jadi problem sebab tak jadi. Ada orang cakap dia begitu-begini, tapi yg bercakap tu lebih kurang juga gaya2nya…” inilah perkara yg biasa di kalangan orang2 kita amalkan (bukan semua tapi yg terasa tu “moki maap oku” saya sendiri tak cakap saya tidak begitu tapi saya cuba jangan). palis-palis buang jauh2.. Saya ingin berkongsi cerita tentang masa yg pernah saya baca dari buku Tan sri Lim Goh Tong beliau amat menitik beratkan tentang masa, boleh dikatakan masa itu bagi beliau adalah emas dan segala2nya, malah di setiap pertemuan atau temujanji beliau datang awal sekurang2nya setengah jam lebih awal. Beliau juga ada mengatakan bahawa dengan masa orang boleh hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kita. Itu kata beliau. Yg kita ni kita ikut la apa yg baik walaupun kita orang biasa ka, yg bos-bos tu ka atau Tuan ka ada baiknya kita menepati masa. Ba begitu la ceritanya bilang si Prof saya ingat lagi.. kalu kau sudah di atas ada baik nya kau “tumudung sid sibah toruai” jangan kau tengok atas saja.. nanti tersepak batu.. lebih kurang begitu la ba kan tu..


~apa yang baik kita amalkan, ada yg tersilap antara kita sama2 la kita tegur dan perbetulkan demi memperkasa bangsa dan masyarakat kita, misal kata saya yg tersilap saya mohon diperbetulkan dan terima kasih dari siapa2 saja.. “kau adalah teman sejati ku kalau kau betulkan kesilapan ku” terima kasih…!!

LIUD KEMBAGU ID KAWASAN TANDEK KOTA MARUDU.

Tandek Banjir Lagi.


Biasa la banjir ada kali 2 atau 3 nya. namun demikian persoalannya adakah barisan pemimpin kita dan AJK bertindak (yg diamanahkan) memantau dan memastikan AJKnya buat kerja dan sejauh mana keberkesanan usaha2 murni mereka dan orang2 lantikan mereka (kadang2 hal itu ibarat 1 ekor kerbau bawa lumpur yg lain pun kena lumpur suda, jadi yg bawa lumpur itu kau cuci dia..) ini satu contoh saya mendapat tahu bahawa ada diantara pusat pemindahan banjir tidak mendapat selimut (1kain selimut, 1kain sarung dan 1kain utk wanita bagi setiap keluarga) sedangkan barang2 ini sudah satu kemestian di setiap pusat pemindahan banjir, itu la di antaranya hal yg perlu di ambil tahu dalam kelemahan tindakan yg kita buat. Jangan pula kau cakap ini kerja di orang kita sama2 la pastikan..

~apapun hal-hal yg kita utarakan pasti ada jawapan dan hujah yg bernas dari mereka..!! namun saya sekadar memberikan pandangan dan menyumbang idea apa yg perlu di perbaiki, saya bukan la pandai orangnya tapi saya suka minta pendapat dan bertanya kalu saya tidak tahu hal itu. Kalu fikiran suda buntu (kalu malu bartanya sesat jalan) tanya la dengan orang yg baik pengurusannya macam yg mengurus Pitas tu, di org kawan2 kita juga bah tu apakah susahnya..

TADAU DI TAWASI NAKASAMBAT OKU OH ISO CERITA

Tayar Motosikal ka Tayar Kereta Mana Kau Mau.

Sebenarnya saya ada temu janji dgn dr.J utk makan tengah hari bersama2 hari ini pada mulanya saya menghantar sms yg saya dtg lewat sedikit kerana saya bertemu dgn seorang kawan secara kebetulan bila jam sudah hampir jam 1.15 ptg saya menghubungi tuan dr bahawa saya terpaksa membatalkan pertemuan kami sebab tidak sempat (siou dr.J saya mungkir janji.. kelaparan suda kau mungkin .. perkara yg tidak baik telah saya amalkan hari ini) walau bagaimanapun saya janji malam ini kita jumpa, mau kemana nanti baru cerita…
Saya tertarik dgn kawan saya hari ini tentang satu perkara ia itu isu hubungan Suami & Isteri, beliau berkata suami isteri umpama rakan kongsi sepanjang hayat, bila kita sudah memutuskan untuk berkawin bererti kita telah memegang janji yg isteri kita adalah rakan kita susah senang, sehidup semati dan kita perlu ingat yg isteri kita bukan hambah bukan amah atau lebih rendah kedudukan nya, kita ‘share partner’ 50:50, suami isteri seolah2 rakan penting dalam perniagaan dlm mencapai kejayaan, jika diumpamakan motosikal suami istreri adalah ibarat roda depan dan belakang jika hilang 1 roda bayangkan la apa terjadi dgn motosikal itu (tapi saya lupa tanya si suami yg mana 1 roda depan atau belakang, lain kali saya tanya sebab kesuntukan masa hari ini) anak2 adalah aset2, suami isteri harus berganding bahu utk mendidik anak2 jgn ingat bapa hanya cari duit utk kasih makan sahaja..

~kesimpulan yg saya dapat dari cerita ini macam kawan saya cakap suami isteri harus ingat jangan memendang siapa yg lebih tinggi.. dan ada baiknya jika suami istari umpamakan yg mereka adalah tayar motosikal dan bukan tayar kereta sebab kereta ada 4 tayar dan ada ‘spear tyre’ lagi.. kita fakir lah sendiri apa yang terbaik utk kita… yg penting jangan lupa kewajipan masing2..

INTANGAI TOKO OM TUDUNGAI TOKOU MEMIKIR.

KEKEJAMAN DI LUAR RUMAH TANGGA.


Petikan dari Harian Metro: SUNGAI PETANI: Seorang wanita koma selepas dipercayai dibelasah teman lelakinya, termasuk dihentak dengan batang besi sebesar lengan di beberapa bahagian tubuh berikutan perselisihan faham, pagi semalam. Dalam kejadian jam 9.30 pagi di Taman Kristal, Padang Temusu, dekat sini, wanita Melayu berusia 25 tahun itu ditemui terbaring berlumuran darah di rumah oleh jiran yang kebetulan lalu di kawasan itu. Mangsa yang belum berkahwin, tetapi mempunyai dua anak berusia tiga bulan dan setahun itu dipercayai tinggal bersama teman lelakinya di rumah berkenaan sejak beberapa bulan lalu. Mengikut rekod polis, mangsa pernah ditahan polis kerana cuba terjun dari sebuah bangunan terbengkalai di Padang Temusu, dekat sini. “Ketika kejadian (cubaan membunuh diri), mangsa yang belum berkahwin sedang sarat mengandung”


~jika diumpamakan terhantuk di dinding beberapa kali apakah tidak sedar lagi, akan jalan yg kita pilih, perlu ka kita bertahan lagi atas rasa cinta dan sayang (demi cinta nyawa dan badan saya serahkan) kerana perkara sedemikian saya percaya ada berlaku di kalangan org2 kita. Dan bagi pihak yg hero pula perlu ka tunjuk kuat dgn orang yg bukan lawan kita.. fikiro toko no kendiri.. tapi saya yakin orang Kimaragang kita tiada yg sampai hati berbuat demikian… OK KA TOMPINAI..!!

ISU RASUAH DI POLITIKAN ADAKAH KU CAKAP SERUPA BIKIN….

Kada Tokou No Mongo Rasuah…!!



Rasuah adalah isu yg hangat diperkatakan terutamanya menjelang pilihan raya kecil di awal tahun baru ini malah di PRU baru2 ini juga. Kalau sebut pasal rasuah jangan la suda malas mau dengar, sebut la hal2 lain.. sejauh mana kepakaran di pihak pembangkang mahupun kerajaan adalah mustahil bagi maghapuskan rasuah sama sekali (0 rasuah) jika kita masih dipimpin oleh barisan pemimpin yg lantang memperkatakan isu rasuah tapi mereka sendiri tampa kita sedar awal2 lagi perbuatan mereka sudah ada tanda2 rasuah contohnya dalam usaha2 pihak pembangkang memancing MP dikelangan barisan kerajaan yg dikecam hebat dengan isu rasuah, mereka dijanjikan pangkat dan sebagainya jika menganggotai barisan pembangkang ( di tawarkan pangkat itu bukan rasuah ba kan sayapun tida tahu apa itu ). Jadi bagi saya entah bila la rasuah akan berakhir jika yg di cop kaki rasuah itu dipancing dan menjadi ahli dalam kerajaan pekatan pembangkang. Kurang lebih juga la.. ibarat kain putih kau kasi cat hitam separuh jadilah kerajaan hitam putih, lama2 hitam semua.

~tida tau betul ka tidak, bila kau pancing pemimpin yg suka rasuah jadi menteri kau jangan2 kau nanti di bagi rasuah… bole ka saya cakap kau tidak rasuah kalu kau akan terima rasuah dia nanti… He he he… semoga kita semua jauh dari rasuah.. ba begitu la harapan kita..
NAUGHTY GHOSTS

Residents in the small town of Lilieci, Romania, say ghosts are the source of shenanigans happening in their community. Broken windows, flying kitchenware and bicycles, and even demolished homes have been reported to local police. Resident Mircea Hadimbu said the windows in his house began breaking, one by one, for no apparent reason, and two bicycles moved through the air on their own. Police started out laughing about the allegations, but after they investigated, they couldn’t determine why the strange incidents were happening. They eventually called in a specialist with experience in spirits to try to fix the problem.

JEJAK KASIH OKU DI KOSODOI

Permulaan Tahun Baru Saya.


Saya menghadiri ‘night party’ atas jemputan KP kita, setibanya saya biasa la siapa yang lambat datang mesti round table (sumalam) saya diperkanalkan setiap tetamu malam itu ada yg pernah jumpa ada yg baru pertama kali jumpa, sampai pada tamu yg terakhir KP cakap ini Chong dari Tawau, saya hairan macam pernah jumpa tapi dimana ya (dalam hati)… bila cerita punya cerita saya cakap Cina dengannya mereka hairan orang dusun kimaragang berbahasa cina, rupa2 nya dia ni adalah Adik mak saya, di datang di kk sebab mempengerusikan meeting exco pemuda PBS. Sungguh diluar jangkaan Uncle saya yg sudah lama tidak jumpa dan hanya sekali saya jumpa 3 tahun yg lepas saya jumpa di awal tahun baru 2009, itu pun saya hampir lupa sebab uncle saya ini jadi anak angkat orang sejak kecil tidak pernah berjumpa adik beradiknya, pertemuan 3 tahun yg lepas tu pun pertemuan yg sekejap saja itupun atas usaha aunty saya yg tua.. sebab mereka saja yg tahu kesah keluarga diorang.. ( Jejak Kasih Saya malam itu )


~ulasan kepada cerita ini baru saya sedar mengapa jiwa saya tidak bole lari dari mendekati politik, rupa2 nya selain dari bapa saya, pakcik2 saya, datuk saya sebelah emak semuanya orang2 yg pernah bergiat aktif dgn politik, darah yg mengalir di tubuh saya adalah darah orang2 politik jadi walaupun saya tidak terlibat secara langsung dalam arena ini saya tetap ada ‘commitment’ tinggi untuk membantu kawan2 secara tidak langsung selagi saya berkemampuan terutamanya kepada barisan kita punya future Kimaragang Leaders dan usaha2 memperkasakan bangsa kita..


sintor no om matog tokou ki…!!!

LIYUD ID KAWASAN TANDEK DAERAH KOTA MARUDU.

Banjir Yang Luar Biasa Di Tahun Baru 2009.


Banjir adalah satu fenomena yang biasa namun ada kalanya di luar jangkaan.

Saya sempat berhubung dengan Yb kita melalui telefon sebantar tadi bahawa beliau bersama DO telah ke lokasi kejadian dan saya amat berterima kasih kepada beliau atas keperihatinan nya saya difahamkan yg ada peruntukan untuk bencana yg sedemikian. Jadi bila la lagi terima kasih ya.. saya tida la tanam padi tapi orang2 kampung saya malah mereka telah terputus hubungan sejak hari Jumaat dan saya mendapat khabar yg orang2 kampung di Talantang sudah bole ke pekan sebentar tadi. Bah begitu la yg bagus. Yg hari ini pigi main golf tu kau fikir2 la.. jangan buat lagi.. kau patut pigi melawat lokasi tu.. aku ok aje bos ku… ( berapa ‘score’ kau dapat )


~semoga kita semua mendapat lindungan dan keberkatan dari tuhan.. amin..

SELAMAT TINGGAL 2008…!!

TAHUN BARU AZAM BARU.


Selamat tahun baru kepada kawan2 khususnya untuk saudara2 diseluruh Tandek/ Kota Marudu daripada saya. Terlalu banyak yg telah kita lalui selama 365 hari di tahun 2008 suka duka, kegembiraan dan kejayaan sehinggalah kepenghujungnya.. ada yg sudah lepas dan ada yg sangkut lagi… yg sangkut itu kita ‘continue’ untuk yg sudah lepas kita ‘update’ la lagi..
Semoga 2009 membawa satu sinar yg lebih cemerlang dan gemilang untuk masyarakat Kimaragang.. yg terlibat dgn penyusunan deklerasi tu sama2 kita usahakan lagi semoga apa yg kita usulkan di 2008 membawa banyak sinar kejayaan utk kita semua tahun ini.. Semoga kita di kurniakan tuhan kesihatan yg baik dan murah rezeki untuk menempuh 2009 ini dan tahun2 yg seterusnya disamping meningkatkan mertabat bangsa Kimaragang..

Petikan dari ucapan kawan kita : Tidak akan berubah bangsa itu selagi masyarakatnya tidak mahu berubah, tidak akan maju dan kuat bangsa itu selagi masyarakatnya tidak mahu bersatupadu… (sama2 la kita fikir dan menghayati kebenaran kata2 ini)..

KIMARAGAN DI MATA DUNIA…!!

Sodoi doh xmas 2008.

Kemeriahan yg saya rasakan sendiri (syok sendiri la gitu tapi aku mau berkongi ceritanya) walaupun bukan ‘open house’ saya rasa amat bertuah lebih kurang sambutan xmas yg tida sia-sia juga la.. sebab bersama tetamu yg amat istimewa seorang Duta akan datang dari Sabah dan lebih membanggakan dari masyarakat kimaragang (kimaragang bole..!!) cerita yg amat seronok beliau bercerita akan pengalaman serta latar belakang keluarganya yg unik namun beliau tidak pernah lupa dan mengingatkan anak2 bahawa mereka anak bangsa kimaragang, sesuatu yg perlu kita contohi…
Bagi mereka yg malu mengaku org kimaragang (cakap kimaragan low class) lupakan la..
Kau belum update tu bos ku.. sedar la kimaragan adalah 1 bangsa yang tinggi di mata dunia, kimaragang bukan lagi masyarakat yg kebelakang.. katakan lah pada dunia kita anak kimaragang..!! ~itulah pendangan saya kalu ada yg tidak betul kau komen la.. k..

~sama2 lah kita doakan semoga beliau (Tuan kita itu) akan dikurniakan tuhan kesihatan yg baik dan sentiasa di mendapat rahmat tuhan.. amin..

SEKADAR BERKONGSI NASIHAT YG SAYA DAPAT dan SAYA TERUS BUAT..


26 Dec 2008
Merry Xmas..!!

Jika kita ada niat yg baik dan murni segerakanlah nanti fikiran kita berubah tidak jadi la pula…

Saya berkenalan dgn seorg yg tinggi budi pekertinya, beliau berkata kepada saya “ kita org sanggup berbelanja ratusan ringgit malah ribuan ringgit untuk seorg kawan apalagi kepada seorang gadis, tetapi kita sukar mengeluarkan wang walau sedikit kepada org2 yang memerlukannya, kita jarang2 mencari di mana ada org2 miskin atau insan istimewa utk kita belanjakan wang kita kepada mereka” (terasa pula saya.. saya org biasa saja tapi betul dia cakap saya macam kena tembak pula .. ) itu la ceritanya.

~saya percaya kepada kata2 beliau kalu kita ada niat yg baik elok kita segerakan keran apa bila kita berkata nantilah ujung2 tak jadi la jawabnya… kita tak semestinya kaya baru menderma, kita tak semestinya menderma wang ringgit… kita fikirlah sendiri apa yg bole kita sumbangkan… teutamanya yg loaded tu ba kau tau la baa apa kau mau buat tu, tak paya la aku cakap…

 

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent