SANTAI bersama MURALANG JR.

Hidupini Seperti Roda Yang Berputar Dan Dalam Perjalanan Hidupku Kini Aku Belari..!! Andai Kata Satu Hari Nanti Saya Tersungkur Ketika Saya Berlari Di Saat Ini, Saya Pasti Akan Berlari Semula Bila Saya Bangkit Kembali…!!

kinorikatan nu

free counter

email : rozanz76@tm.net.my

25mac2009.

Ucapan Takziah kepada Christoper (ketua pemuda PBS N5 Tandek) dan ahli-ahli Keluarga… Semoga beliau dan kelurga tabah menghadapinya. Bapa mereka (Mandut) telah meninggal dunia di Hospital Lotong sekitar jam2 pagi 25mac2009. Semoga roh nya mendapat limpahan rahmat dari Tuhan… amin..


#####################################################



NASIB KU AWASI..!!




Saya bersyukur ke atas Allah s.w.t kerana terselamat dari kemalangan yang menimpa diri saya ketika dalam perjalanan ke kota Marudu sekitar jam 3 pagi

25 mac09. dan ucapan ribuan terima kasih juga kepada saudara-saudara (saya tidak kenal) yang melalui jalan itu dan membantu saya. Apapun saya hanya mengalami kesakitan dan tidak ada apa2 yg tidak di ingini berlaku…


~ucapan ribuan terima kasih juga kepada sahabat baik saya En. David Meja kerana turut membantu saya malam itu... setibanya saya di Tandek..



MANSAU-ANSAU OKU..!!

Minggu lalu sebelum saya ke Beaufort 14 mac (malam) dan Tawau pada 15 mac (awal pagi) Sempat lagi saya makan malam bersama 2 orang sahabat dan keluarga, yg saya secara peribadinya harap2 kan bakal menjadi pemimpin utama masa depan kita (pemimpin dikalanagan bangsa Kimaragang walupun KP secara am sudah menjadi ketua pemimpin di kalangan pemuda N5 Tandek kita harapkan pencapaian yg lebih tinggi lagi.. Amin..).. pada 13mac 7.30malam (makan malam atas hubungan keluarga/saudara dan sahabat baik).


...Siapa lebih Handsome..?? (gamabar saya tida masuk sebab saya tahu tida se'handsome' mereka berdua) jadi saya tarik diri awal2...!!

Christoper B. Mandut ketua pemuda PBS N5.

( Electrical Consultant)..




Dr. Jurin Gunsalam. (
Businessman/bekas pensyarah) masih bujang..


~pada esoknya sekitar jam 5pm 14 mac saya ke
Beaufort atas undangan En. Junaidi & hjh. Suhaila Aman, hujan lebat dan banjir oooohh...!!

nasib baik kereta kuda saya tidak tenggalam...!!

laluan ke rumah (Banglo) saudara En. Junaidi di taman Kinamas.

# 15mac. Pekan Nabalu perjalanan bermula ke Tawau....!!


2. Pekan Ranau.



3. Tawau. gambar penuh di http://muralangjr76.blogspot.com/

org cakap jauh perjalanan luas pandangan tapi apapun saya ke Tawau bukan la kerana jalan2 utk meluaskan pandangan (driving Tawau ke KK 8jam pergi balik 16jam amat memenatkan) adalah kerana menunaikan tugas saya yg terakhir dan saya pasti akan menganggur la lepas ini.. rasa2 nya mau balik kampung dulu tanam padi.. kalu ada peluang lagi baru la datang kk lagi...


~apapun inilah indahnya kehidupan ada pasang surutnya, poketpun kadang2 penuh dan inilah masanya kosong, sesungguhnya sesiapa yg pandai mengatur kehidupan tidak akan "LIKAPAN" (kebuluran) itulah kata2 yg aruah nenek saya (Kindayan Edar) pernah cakap dan tida akan saya lupa..


MI'LOM OM KONTOK OKU JACKPOT...!! MOMOLI OKU 4...!!



Bagi mereka yang meminati dunia permotoran, nama Hamann Motorsport sememangnya cukup dikenali dan megah dengan rekaan dan penalaan kenderaan berprestasi tinggi. Tidak hairan pusat talaan yang berpangkalan di German itu mendapat kepercayaan daripada pengeluar kenderaan seperti BMW, Mini, Ferrari, Porsche dan Lamborghini untuk menala kenderaan keluaran mereka. Sebuah jentera yang mendapat sentuhan Hamann ialah model kenderaan sport utiliti (SUV) coupe, BMW X6 yang digelar Tycoon.
Hasil suntikan berkenaan, BMW X6 Tycoon direka semula dan ditala sehingga menjadi sebuah jentera yang kelihatan gagah, bergaya dan paling utama, berkuasa tinggi. Dibina berdasarkan model X6 Diesel asal, Tycoon direka dan ditala dengan penuh teliti sehingga enjin xDrive35d berupaya menghamburkan kuasa maksimumnya. Dengan enjin talaan khas, sudut luarannya perlu diubah bagi menggambarkan ia adalah sebuah jentera bukan calang-calang model X6 biasa. Padanan skirting pada setiap penjuru, tayar lebih lebar dan pemecah angin belakang menjadikan X6 Hamann kelihatan lebih garang di jalan raya.
Paling mengujakan, rim bersaiz 23 inci daripada Design Edition Race Anodized menjadikan Hamann mudah dibezakan daripada model asal lain.
BMW X6 turut dijual di Malaysia dengan enjin petrol 3.0 liter menggabungkan reka bentuk SUV dan coupe sedan, sekali gus menjadi model pertama seumpamanya di dunia. Model BMW X6 didatangkan dengan teknologi pacuan semua roda xDrive pintar BMW dan menjadi kenderaan pertama di dunia yang menawarkan Kawalan Prestasi Dinamik untuk kestabilan di atas jalan serta ketepatan dan cengkaman di dalam semua situasi.

Harga atas jalan tanpa insurans varian BMW X6 xDrive35i sekitar RM698,800.

~kalu esok kena jackpot saya beli 4 (rim dia)... he he he..!!

ISAI AMUH RUMOSI SAWOH PANGAKAT KOU LONGONG...!!!

Beberapa minggu yg lalu saya menghadiri satu meeting dan makan malam, berlangsung sekitar 6pm hingga 11pm, biasa la kalu pihak tuan2 ni kalu suda bercerita banyak saja isu yang bole diketengahkan masalah Negara la katakan yg kurang di senangi oleh setengah2 orang rumah (puan2) bagi yg dah kawin.

Inilah di antaranya yg menjadi persoalan puan2 mengapa lambat balik, “apa bah guna meeting kamu ni buang karan (masa) saja..??” ini adala diantara perkataan yg cukup popular oleh puan2 kita.

Ada seorang kawan tu phone di balik2 bunyi saya bukan la nak cakap apa tetapi tentang kesibukan dia tu (nasib la saya tida macam dia tiada orang mau mencari palis2..) kawan tu ada 2 phone sedang di online yg phone satu lagi berbunyi dan dia minta kebenaran untuk telephone balik untuk menjawap panggilan yg ke2 dan si bos ni pigi sana jauh2 jawap panggilan (untuk dapat lain lebih clear mungkin) kami semua di sana faham la saya rasa… sekembalinya si bos ni di meja kami tu ada tuan kami tu menyampuk “siapa yang takut bini angkat tangan..?” semua diam ketawa masing2 tiada yg mau angkat tangan, tuan berkata lagi “bule tahan kita ni semua tiada yg takut bini, “Saya bukan la takut bini tapi masalahnya bini saya tidak takut sama saya bah” ketawa kami dengan kenyataan si tuan kami tu, sambungnya lagi “jadi lain kali bagus kita bawa bini2 kita turut serta dengan program kita”.

~bagi pendapat saya begini la kehidupan seorang lelaki banyak bersosial dan menghabiskan masa dengan kawan, saya tidak pernah rasakan saya membuang masa dengan setiap pertemuan saya dengan kawan2, saya bole umpamakan setiap pertemuan itu umpama sambil menyelam minum air. Saya teringat akan pertemuan dengan kawan di kedai kopi sehingga jam 4 pagi saya tida perna rasakan pertemuan itu sia2 kerana saya dapat banyak idea dan cerita yang membuka minda dan menjadi motivasi kepada saya.. sesungguhnya pertemuan itu sia2 jika kita tidak mengaturnya dengan baik, namun jika pertemuan itu sesuatu yg sehat dan digunakan sebaik2nya saya yakin kita bukan la orang2 yg membuang masa…..!!! dan sesuatu yg pernah sahabat saya nasihatkan kepada saya “kalu kita ada 1juta jangan habiskan hari ini. kita bahagi2 kan untuk kita nikmati pada hari2 yg seterusnya” … renung2kan apakah ertinya kata2 ini (bagi saya suda ada kefahaman tersendiri untuk kata azimat ini).

IKAN PUTIH "STEAM" IDAMAN TUAN SAYA....!!


Kali ini paparan cerita saya lain sedikit kerana saya tujukan khas untuk kawan baik saya (mana tau dia ada masa singgah di blog saya ini) yg mungkin kumo’os sebab saya telah dijemput oleh beliau beberapa hari lepas untuk makan malam bersama2 lebih kurang la tetapi saya tidak datang ‘line’ pun tida berapa clear time tu signal ‘handphone’ pun putus2 maklum la di kawasan yg terpencil. Beliau mengatakan yg beliau suda oder 3 jenis ikan (special ) untuk pertemuan kami ikannya pun ikan yang bagus2 katanya, tapi saya sendiri sedang memancing ketika itu ‘so’ moki maaf oku babanar oi tuan tu menonulak oku di jemputan nuh… walau bagaimanapun lain kali peluang itu tidak akan saya lepaskan (jangan pula kau tida jemput saya lagi) tuan pun faham2 la kita yg suka memancing ini (tuan jangan marah kih..), tapi saya pasti tuan saya suda lupakan perkara itu pada esoknya kerana saya dengan hati terbuka hidangkan tuan saya dengan “ikan putih” masak steam yg tuan idamkan saya baru pancing semalam tu (huu!! Berselera benar tuan saya pagi2 itu..) biar la ikan ‘belukang’ yg kau ‘tapau’ untuk saya tu saya bikin pusas untuk kawan2..

~bagaimanapun saya amat memahai terhadap tuan saya ini dia buka la jenis yg ambil hati kerana bole dikatakan citarasa kami sama tapi lain2 juga, kami bole makan satu piring tapi tidur lain2, bole duduk satu meja tapi kerusi lain2, bole duduk satu kereta tetapi haluan masing2 (maksudnya kadang2 kami kongsi kereta tetapi dia urus kerja dia dan sambil itu saya buat kerja saya). Anyway tuan “all the best to you and I wish you will do the best to us”.. Kimaragang boleh…!!

BENIH MALAYSIA MEREMPAT....

BATAM (Indonesia): Nikah bawah tangan. Itulah gelarannya apabila lelaki Malaysia berkahwin dengan wanita di sana menggunakan sindiket jurunikah tidak bertauliah. Kesannya, si isteri kemudian ditinggalkan begitu saja sehingga ada yang melacurkan diri dan anak pula menjadi merempat.
“Sudah lebih setahun ayah tidak pulang. Saya tidak tahu kenapa. Dulu hampir setiap minggu dia pulang berjumpa saya dan ibu,” kata kanak-kanak berusia 10 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Sulastri.
Anak tunggal itu ditemui ketika dia bersama tiga lagi kawannya merayau-rayau pada waktu malam di satu kawasan kedai makan di bandar itu.
Apabila didekati, Sulasteri terus meminta wang atau dibelikan makanan, apatah lagi apabila diketahuinya penulis orang
Malaysia.“Hidup saya dan ibu susah. Dulu ibu tak bekerja tapi kami hidup senang kerana ayah beri wang setiap kali pulang melawat kami. Sejak ayah tidak pulang, kami terpaksa berpindah ke rumah lebih kecil dan kini ibu terpaksa bekerja,” katanya.Apabila ditanya mengenai pekerjaan ibunya, Sulastri berkata dia tidak pasti, namun selepas diselidik, penulis diberitahu ibunya adalah pelacur yang beroperasi di sebuah pusat hiburan tidak jauh dari situ.
Penulis difahamkan, tiga lagi rakan bersama Sulastri pada waktu itu juga senasib dengannya anak yang ditinggalkan bapa manakala ibu menjadi pelacur sebagai jalan pintas untuk mendapatkan wang lumayan.
Timbalan Pengarah Urusan Agama Islam (Urais) Kota Batam, Drs Zulkifli, berkata selain lelaki Malaysia, ramai lelaki dari Singapura yang berkunjung ke sini berkahwin dengan wanita tempatan.
Menurutnya, statistik menunjukkan seramai 37 warga Malaysia, kebanyakannya dari Johor dan Melaka, bernikah dengan wanita tempatan mengikut saluran sah sepanjang tahun lalu, namun jumlah sebenar diyakini jauh lebih tinggi.
“Bagaimanapun, kami tidak tahu jumlah tepat kerana perkahwinan mereka tidak didaftar di Kantor Urusan Agama (pejabat agama daerah/KUA) dan Departmen Agama Kota Batam berikutan mereka bernikah menggunakan sindiket jurunikah tidak bertauliah,” katanya.
Untuk melaksanakan nikah bawah tangan atau dikenali juga sebagai nikah sirie di kalangan penduduk tempatan, prosedurnya sungguh mudah dan bayaran yang perlu disediakan kira-kira RM3,000.
Malah difahamkan, ada lelaki
Malaysia yang ‘nikah bawah tangan’ dengan wanita tempatan turut diberi sijil atau pengesahan KUA dari wilayah lain di Indonesia seperti dari Kalimantan, Jawa atau Sumatera.
Drs Zulkifli berkata, kebanyakan warga asing membabitkan
Malaysia dan Singapura lebih suka menggunakan khidmat jurunikah tidak bertauliah kerana mereka sebenarnya tidak mampu memenuhi syarat atau prosedur yang ditetapkan.

-sumber dari Harian Metro

~sekadar berkongsi imfo yg saya terbaca, sesungguhnya manusia itu punya nafsu dan punya akal fikiran maka pergunakan sebaik-baiknya kewarasan dan kelebihan yang kita ada dijalan yang benar...!! kalu tidapun (seperti kata2 lagu yg pernah saya dengar) pandai makan pandai la simpan dan seperti tajuk cerita ini Benih kita jangan di tabur merata2 tampa diambil peduli...!!! aramaitiii corita..

KIMARAGAN BANGSAKU…!!

Sesungguhnya tiada siapa menyangka, seorang pemuda berusia 17 tahun mencatatkan sejarah tersendiri apabila muncul sebagai insan pertama dari suku Dusun Kimaragang yang berjaya menjejakkan kaki ke Singapura pada tahun 1954. Tokoh yang dimaksudkan ialah Tuan Hj.Zulkifle Majun @Muralang yang kini menetap di pekan Tandek, Kota Marudu.
Semasa ditemui, beliau dengan tenang cuba mengingati jejak-jejak perjalanan lalu yang sudah semestinya begitu mempengaruhi kehidupan beliau pada hari-hari yang seterusnya. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pengalaman luas pengetahuan, begitulah masyarakat beliau menyambut dan mengikhtiraf keupayaan beliau menjejakkan kaki ke wilayah jajahan Inggeris (1954) tersebut.

Menurut Tuan Hj.Zulkifle Majun, sebaik sahaja beliau pulang ke Sabah, beberapa orang Ketua Kampung (KK) di kawasan Tandek antaranya KK Pomintar dan KK Rumek serta beberapa orang tua-tua lain meminta beliau menceritakan pengalaman beliau semasa berada di Singapura.

Semasa di Singapura, beliau sempat melawat beberapa pusat permainan seperti Great World, dan beberapa tempat yang lain. Beliau turut mengelilingi pulau Singapura dengan ditemani oleh pemandu peribadi Ketua Polis Singapura ketika itu. Bangunan-bangunan di Singapura ketika itu kebanyakannya diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan kayu.

Sesungguhnya kesempatan beliau melawat Singapura telah memberikan banyak impak ke atas diri beliau, betapa sukunya iaitu Dusun Kimaragang merupakan suku yang jauh ketinggalan dalam serba-serbi berbanding kaum-kaum lain yang beliau telah lihat dengan mata kepalanya sendiri semasa pelayaran beliau ke negara jajahanan tersebut.

Justeru itu, atas kesedaran akan kekurangan yang ada pada kaumnya, beliau muncul sebagai pemimpin yang memperjuangkan nasib kaumnya agar dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan kaum-kaum yang lain di Sabah. (ikuti cerita penuh di http://muralangjr.blogspot.com/)

~sumber dari Hanafiah Hj.Zulkifle.

 

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent